CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naik Buggy Bersama, Ismail Sabri Dilayan Mesra Oleh Sultan Brunei

16-2-2022 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1045| Komen: 6

Petaling Jaya– Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilayan dengan ramah oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menerusi lawatan rasminya yang pertama ke Brunei.


Melalui hantaran di akaun Facebook, Ismail Sabri hari ini berkongsi pengalaman menaiki ‘buggy’ yang dipandu oleh Sultan Hassanal Bolkiah di sekitar istana.


Foto: Twitter

“Terasa benar kemesraan Sultan Hassanal Bolkiah apabila dijemput menaiki ‘buggy’ yang dipandu sendiri oleh baginda Sultan di Istana Nurul Iman.

“Ini pasti menjadi suatu memori yang akan saya kenang sehingga ke akhir hayat. Terima kasih Brunei, semoga ikatan yang terjalin terus kukuh,” katanya dalam hantaran tersebut.


Terdahulu, Ismail Sabri melakukan lawatan rasmi pertama ke negara itu selama dua hari bagi menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan, di samping mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama pascaCovid-19.

Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada malam Isnin lalu dan disambut meriah oleh perbarisan hormat anggota daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Ismail Sabri turut diiringi oleh isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Dalam pada itu, hasil perbincangan antara dua pemimpin itu, kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan rentas sempadan di antara Malaysia dan Brunei selepas kedua-dua negara bersetuju mewujudkan Vaccinated Travel Lane (VTL) dalam masa terdekat. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 16-2-2022 06:15 PM
Ya,, mesra sungguh
Quote nikaido 16-2-2022 06:19 PM
Oh sepatutnya mail lembab ni ada event dkt tempat aku esok. Padanla kena tangguh. Sb tu aku pelik org office ckp mail pegi johor PRN tp aku xnampak muka lembab dia pun dkt media
Quote epal_putih 16-2-2022 06:30 PM
Wahhh
Merapatkn silaturrahim gitu
Quote krustykrab 16-2-2022 06:39 PM
Sian yg lelain tu kena ikut blkg jalan kaki
Quote albedah 16-2-2022 06:42 PM
Kenapa menteri wilayah ikut?
Yg

Quote dani-rox 16-2-2022 06:43 PM
ohh gitu...


Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.033208 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top