CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M, Muhyiddin Dah Tak Ada Modal Ke Serang ‘Kluster Mahkamah’? - Noh Omar

16-2-2022 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1093| Komen: 10

Tan Sri Noh Omar tidak bersetuju dengan cara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan taktik menyerang ‘kluster mahkamah’ menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu turut mempersoalkan apa kaitan ‘kluster mahkamah’ itu dengan PRN Johor sehingga menghantui Pengerusi Parti Pejuang dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.

“Tanpa hilang rasa hormat saya kepada Tun M dan Muhyiddin, saya tak setuju dengan cara mereka menggunakan taktik menyerang ‘kluster mahkamah’ menjelang PRN Johor.


Kredit foto: Reuters

“Kes mahkamah yang melibatkan pemimpin UMNO masih berjalan dan tiada satu kes pun ditutup, walaupun jawatan Perdana Menteri daripada UMNO.

“Dah tak ada modal? Nak kata kluster mahkamah, kes ini masih berjalan dan tidak ada campur tangan politik,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir dan Muhyiddin semalam, yang menggunakan taktik menyerang kluster mahkamah untuk memastikan Barisan Nasional (BN) tidak menang di Johor.

Dr. Mahathir dalam kenyataannya mendakwa, PRN kali ini merupakan langkah untuk memperkukuhkan kedudukan kluster mahkamah dan golongan kleptokrat dalam UMNO.

Katanya, PRN Johor itu telah dirancang oleh kumpulan yang dikenali sebagai kluster mahkamah dan kleptokrat dari UMNO.

Sementara itu, Muhyiddin pada Jumaat lalu, menyatakan pendiriannya bahawa satu-satu cara untuk tidak memberikan kluster mahkamah kembali berkuasa adalah dengan tidak mengundi BN pada PRN Johor ini.

Beliau berkata, jika kemenangan diberikan kepada BN pada PRN Johor, ‘kluster mahkamah’ akan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, kemungkinan besar kedua pemimpin itu takut dengan populariti bossku (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang mampu menarik undi kepada UMNO dan BN. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharfox 16-2-2022 02:58 PM
Pasal kluster mahkamah ni a yg jadi huru hara. Hamlau punya kaki.
Quote tripleid 16-2-2022 03:46 PM
[size=12.1875px]Terbukti jelas parti UMNO memang parti pembela penyamun, penyangak & perasuah !!


Quote Firenzza 16-2-2022 07:06 PM
tripleid replied at 16-2-2022 03:46 PM
Terbukti jelas parti UMNO memang parti pembela penyamun, penyangak & perasuah !!

Apa akn jd kt hakim tu klau jibun jd piem balik?
Quote tripleid 16-2-2022 08:17 PM
Firenzza replied at 16-2-2022 07:06 PM
Apa akn jd kt hakim tu klau jibun jd piem balik?

Sblm kena simen dlm tong baik beliau pencen blah oversea awl2..
Quote kakikuDibibirmu 16-2-2022 08:28 PM
Firenzza replied at 16-2-2022 07:06 PM
Apa akn jd kt hakim tu klau jibun jd piem balik?

Kena letup dengan C4 sudah tentu
Quote MissYouSayang 16-2-2022 08:32 PM
kakikuDibibirmu replied at 16-2-2022 08:28 PM
Kena letup dengan C4 sudah tentu

Sebab tu la tun M serang jibby kawkaw sebab tun nak selamatkan penjawat awam dan rakyat marhaen yg tidak berdosa (penegak integriti) nanti.
Quote Firenzza 16-2-2022 08:33 PM
kakikuDibibirmu replied at 16-2-2022 08:28 PM
Kena letup dengan C4 sudah tentu

OMG!.....so, adakah bermakna najibun akan manghakimkan kes dia sendiri
Quote kakikuDibibirmu 16-2-2022 08:42 PM
Firenzza replied at 16-2-2022 08:33 PM
OMG!.....so, adakah bermakna najibun akan manghakimkan kes dia sendiri

Busuk-busuk pun kena simen dalam tong besi, Wallahua'lam
Quote febreze 16-2-2022 09:31 PM
conglatulate congrate conggulate.. abushlgseu speaking pon kelauttt kecohhh lahhh
Quote kakikuDibibirmu 16-2-2022 09:36 PM
Noh Udang tersenyum sinis

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046373 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top