CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mula Bernafsu Songsang Selepas Teman Wanita Bertunang Dengan Orang Lain

16-2-2022 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3502| Komen: 41

Hubungan yang terjalin antara Ridzuan (bukan nama sebenar) dengan kekasih hatinya sejak di bangku persekolahan terlerai setelah wanita itu memilih untuk bertunang dengan lelaki lain.


Dia sendiri tidak mengerti mengapa wanita yang dicintainya itu sanggup berbuat demikian kepada dirinya sedangkan dia telah berusaha untuk menghalalkan hubungan mereka.

“Ketika itu, saya baru sahaja mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan dalam proses mengumpulkan wang untuk melamarnya.

“Namun, apa yang saya dapat adalah ‘pengkhianatan’ apabila dia memilih untuk bertunang dengan orang lain,” katanya kesal kepada Panorama.


Gambar Hiasan


Tambahnya, sukar untuk menerima kenyataan itu apatah lagi ketika mereka bersama, dia langsung tidak dapat menghidu sebarang tanda kecurangan.

Bagaimanapun, Ridzuan berasa kekasih hatinya itu mungkin mula berlaku curang di belakangnya apabila mereka terpaksa berjauhan ekoran tugasnya sebagai anggota keselamatan.

Sejak peristiwa itu, ia memberi kesan yang cukup mendalam buat Ridzuan dan membuatkan dirinya hilang kepercayaan kepada wanita.

“Dia adalah cinta pertama saya tetapi apabila dikhianati sebegini, saya rasa terkesan sekali.

“Setelah diperlakukan sedemikian rupa, ia membuatkan saya takut untuk kembali menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita,” jelasnya.

Lantaran ingin menghilangkan rasa sunyi dalam kehidupan hariannya, Ridzuan kemudian telah memilih untuk memuat turun aplikasi perkenalan dalam talian.

Tujuan asalnya berbuat demikian sekadar mencari teman untuk berbual.

“Di aplikasi ini, saya mula berkenalan dengan lelaki yang lebih berusia daripada saya.

“Kami mula berborak antara satu sama lain dan saya meluahkan kisah saya dikhianati kepadanya,” katanya.

Ridzuan berkata, mereka berdua kemudian menjadi semakin akrab dan sering berbual antara satu sama lain.

Baginya, lelaki yang dikenalinya itu banyak memberi kata-kata semangat kepadanya setelah kecewa dalam percintaan.

Setelah hampir dua bulan berkenalan, mereka memilih untuk berjumpa dan Ridzuan telah ‘turun’ ke ibu kota untuk berjumpa lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zam.

Ridzuan juga menganggap Zam sebagai abang angkatnya sendiri.

“Dia mempelawa saya untuk datang ke ibu kota dan segala perbelanjaan ditanggung olehnya.

“Ketika di ibu kota, saya telah bermalam di rumahnya. Pada malam itu juga, kami telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya iaitu hubungan songsang,” jelasnya.

Tambahnya, pada mulanya dia ingin menolak tetapi setelah dipujuk akhirnya dia tewas di pangkuan abang angkatnya itu.

Sejak itu, Ridzuan mula berasakan satu keseronokan apabila melakukan perkara yang dilarang oleh agama itu.

Boleh dikatakan, setiap bulan dia akan datang ke ibu kota untuk berjumpa dengan Zam.

Adakalanya abang angkatnya itu pergi melawatnya di tempatnya bertugas di selatan tanah air.

Ridzuan mengakui, dia terjebak dalam perkara itu kerana ingin melupakan bekas kekasihnya.

Hanya sekadar ingin mencuba, tetapi lama-kelamaan ia memberikan keseronokan kepadanya.

“Terdetik juga di hati saya untuk meninggalkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku itu. Tetapi buat masa ini, saya masih belum boleh meninggalkan perkara ini. Saya berharap suatu hari nanti diberi kekuatan untuk berubah,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 16-2-2022 02:36 PM
Ini propa je lebih.
Quote primarikey 16-2-2022 02:39 PM
Ape tujuan kosmo kuarkn berita ni
Nk jd kn norma baru ke
Klu dh dosa tu dosa jgk
Jgn nk letakkn kesalahan tu kt org lain
Quote ifanonline 16-2-2022 02:42 PM
mcm citer gay rekaan aje...editor cari ni gay ke?
Quote nolya 16-2-2022 03:08 PM
Edited by nolya at 16-2-2022 03:19 PM

Ridzuan lupa kalau manusia hanya boleh berencana tetapi Allah juga yg menentukannya. Bertahun2 bercinta bukan bererti pasti memiliki kerana jodoh pertemuan Allah jua yg menentukan. Di situlah letaknya kesabaran dn keyakinan taqdir Allah swt atas nasib dn rezeki seseorang. Ridzuan kalah dn kemudian lemas dlm ujian cinta berkasih, lantas beralih kasih pula kpd kaum sejenis.

Begitulah bila manusia putus asa mengharapkan kasih seorang Hawa lantas beralih ke jalan yg lebih parah, jalan yg dilaknati Allah swt. Jelas, baru diuji sebegitu, anda sudah gagal menguasai godaan nafsu, bagaimana nanti untuk menjadi seorang suami dn imam yg baik dlm rumahtangga. Jgn salahkan orang lain kerana piliha ada di tangan anda sendiri. Andainya nafsu bejat sudah menguasai, bolehkah iman diselamatkan.   
"Saya berharap suatu hari nanti diberi kekuatan untuk berubah,” ujarnya.
Langkah pertama Ridzuan berani dn tergamak melakukan, apakah tidak tersisa lagi kekuatan untuk meninggalkan. Jgn nanti alah bisa tegal biasa lantas harian mu penuh catatan dosa. Na'uzubillahi min zalik.
Quote prince_marhaen 16-2-2022 03:08 PM
kalau fonen, tetap fonen forever dik...takde sebab dikhianati bagai lah dik. Delusi tau adik-adik dan editor pondan sekarang ni... nak gempak je..kau ingat ni zaman Zubir Bibir Bipop BH ke? yihhhh
Quote AbukRokok 16-2-2022 03:17 PM
terdampar lesu di tebing sungai susu  
Quote eyansss 16-2-2022 03:23 PM
ntah2 gepren ko lari sebab dah tau kontu ummah dalam lemari…  dan dan nak salahkan gepren…
Quote Themilo 16-2-2022 04:03 PM
kekasih illusi kah dekk? sedari kecil kau memang kelempuk, wanita jua kau nak persalahkan..
Quote ultra78 16-2-2022 04:13 PM
Mcm tak habis cerita ni...
Quote TeropongThaico 16-2-2022 04:42 PM
Propa je... Dah mmg memilih dr awal jln tu kalau tak buat apa nak sambut perkenalan dr jantaz juga. Kalau tak bernafsu takdenya nak cerita lebih2. Muntoh ijo:
Quote Suchi 16-2-2022 05:00 PM
Maybe kekasih dia menyedari dia ummah dr lemari sbb tu kot cau cin cau.

Gaydar bergetar je tiap kali kuar dating
Quote hasniey 16-2-2022 05:06 PM
Aik jantan straight kena goda terus tewas?Selalu diorg geli kene raba2 dgn jantan lain
Quote anony-mous 16-2-2022 05:08 PM
Xpayah la bg alasan. Kalau dah mmg gay tu, gay la jugak. I putus cinta x ada rasa nk couple dgn tomboy. Geli. So kes ni 100% mmg gay dari awal. Nasib baik tunang dia bijak angkat kaki awal2
Quote annehuda 16-2-2022 05:09 PM
aku rasa mcm penah baca kt bod gossip, selebriti dpt keje kerajaan pastu penah putus cinta, tapi ada depression. itukah?
Quote fealefea 16-2-2022 05:10 PM
kalau jantan sejati mmg mkn penumbok la org tua tuuu.
Quote amyza 16-2-2022 05:23 PM
anony-mous replied at 16-2-2022 05:08 PM
Xpayah la bg alasan. Kalau dah mmg gay tu, gay la jugak. I putus cinta x ada rasa nk couple dgn tomb ...

Kan. Habis frust kenal lagi ler laki lain. Takkan nak jadi lesbian pulak
Quote green~tea 16-2-2022 05:28 PM
Alasan je tuuuu
Quote HannahMuntanah 16-2-2022 05:39 PM
Nonsense je… alasan ko sbnr nye dulu jantan closeted. K bai bai!
Quote batu kikir 16-2-2022 06:11 PM
Bodohnya cerita.
Putus cinta....... carilah pompuan lain.
Janji pompuan.
Yang kau cari jantan buat apa?
Dah kena tala jubor......sedap pulak ya.
Memang specie gay bottom walopon kerja dia cuma orang jantan je yg suka.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.039009 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top