CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Siap Pakej Lumpur & Minyak! Wedding Planner Demam 3 Hari 'Diperdajal' Pengantin

16-2-2022 02:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4664| Komen: 44

Banyak dugaan dan rintangan harus ditempuh setiap insan yang bekerja dalam usaha mencari rezeki.

Tidak terkecuali jejaka ini, Zamri Badaruddin, 34, apabila terpaksa berdepan dengan situasi tragik setelah 12 tahun menyediakan khidmat sebagai perancang perkahwinan di Sungai Buloh, Selangor.


Kredit foto: TikTok

Mesra disapa Zamri, dia kesal apabila ada pelanggan memasukkan pakaian pengantin wanita yang disewa ke dalam plastik sampah semasa memulangkan busana itu kepadanya.

“Saya buat bridal ni dah 12 tahun, dulu saya letak barang sewa di rumah di Damansara je. Tapi sejak tahun lepas saya pindah barang pelamin dan buka butik di Sungai Buloh.


“Saya dapat satu job pengantin, majlisnya 5 Februari. Jadi bila majlis selesai, pengantin suruh saya datang cabut pelamin pukul 7 malam.

“Saya dengan pekerja yang lain datang nak kemas barang. Baju pengantin lelaki ada atas kerusi di pelamin, tapi baju perempuan ada dalam bungkusan plastik sampah, atas lantai depan pelamin,” ujarnya



Menurut jejaka yang berasal dari Taiping, Perak ini, busana pengantin yang disewakan ketika itu telah diterima semula dengan keadaan yang tragik.

Dakwanya lagi, keadaan baju yang dipulangkan penuh dengan kesan tompokan minyak dan lumpur sehingga kotoran tersebut sukar ditanggalkan.

“Bila saya buka plastik nak hantar pergi cuci dekat dobi, saya sedih tengok keadaan baju. Baju yang saya baru sewakan sekali saja pada pengantin ni penuh dengan lumpur dan minyak.

“Mungkin dia pergi photoshoot outdoor gambar kahwin dekat kawasan lain. Tapi setahu saya di Sungai Buloh ni banyak kawasan jalan sudah berturap.

“Paling tak boleh terima bila pekerja kedai dobi di situ beritahu minyak pada kain tu susah nak tanggal. Sedih betul saya kena macam ni sampai tiga hari demam lepas kejadian tu,” ujarnya.



Jelasnya lagi, baju yang disewakan kepada pengantin ini merupakan baju ‘custom made’ dan rekaan khas seperti permintaan daripada pelanggan itu sendiri.

Tambah anak kelima daripada lapan beradik ini, kos yang dihabiskan untuk baju yang direka khas adalah lebih kurang RM3,000.

Namun menurut Zamri yang telah berkecimpung dalam bidang ini selama 12 tahun, ini merupakan pengalaman paling buruk dihadapi sepanjang kerjayanya.

“Silap saya tak ambil deposit sewa baju. Tak pernah lagi ada masalah macam ni sebelum ni. Selalunya kalau kotor pun saya boleh basuh tak ada masalah pun. Tapi kotor baju yang ni agak melampau, saya tak boleh terima.

“Saya sewakan pelamin, masing-masing sepasang baju untuk lelaki dan perempuan serta aksesori semuanya RM2,500. Bagi saya harga tu dah cukup murah tapi bila dah murah, saya pula kena macam ni.

“Saya tak minta pun customer basuh baju mereka sewa. Saya cuma minta jaga jangan sampai rosak saja. Kena ingatlah semua tu sewaan bukan hak milik,” jelasnya lagi.




Berikutan video yang tular di Tiktok, Zamri menerima banyak komen positif oleh netizen kepadanya.

Jelas Zamri, tujuannya memuat naik video tersebut bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai peringatan kepada bakal-bakal pengantin lain.

Malah video tersebut bertujuan supaya mereka lebih beringat supaya wedding planner tidak menanggung kerugian disebabkan kecuaian atau sikap sambil lewa pelanggan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 16-2-2022 02:37 PM
sialnya pengantin gitu...perangai hanjing...agaknya lepas nikah terus beromen macam anjing dekat belakang bengkel motor atas tanah agaknya....jijik nak mampos...
Quote supernaturalee 16-2-2022 03:03 PM
teringat video montaj kawen harley ats bumbung
Quote jahcomel 16-2-2022 03:07 PM
hmmm nih lh mmpi ngeri wedding planner...
Quote jari10 16-2-2022 03:09 PM
Cela*a betul pengantin ni.. miskin adab,miskin akal. Bodoh!! Pada pihak butik next time sila amik bon jaminan ya!
Quote asudau 16-2-2022 03:09 PM
tak amik deposit ke? kalau ada apa-apa kerosakan boleh le tolak deposit
Quote tungkai 16-2-2022 03:10 PM
Selain mintak deposit, kena buat clause kalau ada damage ke, koyak ke at certain degree. Letak sikit responsibility pada yg menyewa. Ni business bukannya charity ..
Quote She-Ra 16-2-2022 03:12 PM
aiyoooooo selekehnya pengantinnnnnnnn
Quote batmana 16-2-2022 03:14 PM
Takkan lah 12 tahun tu tk belaja lagi buat syarat& terma .surat hitam putih bagai .klu baju tu rm30 tkpela juga..
Quote JunkMail 16-2-2022 03:17 PM
Pengantin-pengantin memang ramai yang sial ye. Minta photographer shoot and burn pastu bising apasal gambar tak edit. Yihh kau paham tak shoot and burn tu apa? Takde duit takyah nak buat gemilang sangat. Akad kat pejabat kadi je sudah.
Quote jahcomel 16-2-2022 03:18 PM
pengantin nih pegi bkubang kt mane lh...kerbau or org nihhhh
Quote ChemicalRomance 16-2-2022 03:23 PM
Sewa baju takde black and white ke? Kalau bridal kecik macam mana pun buat lah agreement sewaan, setakat husnuzon semua customer akan jaga baju memang takleh la…
Quote Suchi 16-2-2022 03:25 PM
Musim hujan ke? Aritu adik ipar kawen time hujan lebat giler.Tapi takdelah dorang berkubang gambar pun byk indoor je.
Baju dia basah gak tu pastu iols suh mil jemur kat luar umah bila matahari dah start naik sbb takkan nak simpan je dlm bilik pengantin tu nanti bertaik lalat.
Baju tu kena hantar kat butik or org butik dtg amik tp dorang takleh datang time tu musim banjir. Nak basuh dorang tak benarkan so jemur bagi kering jelaa.
Quote mizruncing 16-2-2022 03:27 PM
halahhh kesiannyaaa
Quote prettyuglybabe 16-2-2022 03:35 PM
zaman mendesak ni, i guess wedding planner pun tak nak banyak cekadak..
dah berapa lama dorang out of business sebab covid..
ni baru nak rancak, dorang pun main sauk je customer nak macam tu macam ni tak nak mahal tak nak bayar extra so on..
tapi kalau baju custome made ikut kehendak pengantin, kenapa sewa ek?
baik suruh beli je..
Quote darkness 16-2-2022 03:40 PM
Macam minyak hitam je aku tengok. Pastu main humban atas kerusi je? Perangai tu kenapa jahanam sangat?
Quote yebit157 16-2-2022 03:41 PM
kesiannya. sejenis perangai tak reti hargai barang orang, main belasah je guna tak ada rasa bersalah.
Quote jazaa100 16-2-2022 03:47 PM
Sg buloh.....

Sedara mara friekies byk berkubang kat situ...
Quote bondeh 16-2-2022 03:56 PM
Salah satu punca cerai. Tak berkat pasangan pengantin. Ada yg tersakiti mendoakan. Memang kim*k pengantian tersi*l camnih. Ingat nak beromen jelah tuh. Pandeyyyyyy
Quote Normabaru 16-2-2022 04:10 PM
Pengalaman 12tahun pastu xamik deposit pastu xnk tunjuk details customer..hahaha..clout chaser la ko ponen oiii

Ckp jela tu drama..saja nk naikkan rating TikTok..beriyaaaa sungguh!!puikkk

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.069821 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top