Personaliti televisyen, Dr Say Shazril tampil mengulas mengenai ciapan seorang individu di Twitter yang berpendapat isteri seharusnya berhias untuk suami.
Menerusi posting di Instagram, Dr Say memberitahu bahawa dia sangat tidak sukakan lelaki yang berfikiran kolot seperti warganet tersebut dan berpendapat warganet itu masih belum berkahwin kerana memberikan tweet sebegitu. Dr Say turut memberitahu bahawa dia pernah terfikir dahulu mengapa isterinya berhias sewaktu keluar dari rumah. Namun, dia berpendapat jika isteri berhias untuk ke pejabat itu melambangkan betapa bagusnya si suami menjaga isteri dari segi pakaian dan penampilan. Tambahnya lagi, Dr Say memberitahu dia sentiasa mengingatkan isterinya untuk sentiasa membersihkan muka selepas pulang ke rumah dan berpendapat para suami tidak akan dapat menandingi kerajinan isteri dari melakukan kerja rumah. Sumber: Murai
|
CocoCily replied at 17-2-2022 11:44 AM
Yang tweet tu dah kahwin, beranak belum
ADVERTISEMENT