Fasha Sandha tidak menolak ada keinginan untuk bertudung, namun belum tiba masanya untuk dia melakukan penghijrahan.
Walau belum bertudung, pelakon itu teruja untuk terbabit dalam kempen produk telekung sempena Ramadan dan Syawal tahun ini. "Saya tanya mereka bolehkah saya buat kempen ini kerana saya masih belum bertudung, namun mereka beri kata semangat hingga buat saya yakin menerimanya. "Secara jujurnya saya bertanya kepada pengurusan saya adakah orang akan persoalkan status saya yang belum bertudung. Namun, mereka jawab tak apa kerana ini boleh beri suntikan semangat di mana satu hari nanti saya akan berhijrah. Netizen boleh cakap apa saja yang mereka nak asalkan kita tahu diri kita," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, keinginan untuk bertudung itu ada, namun dia mahu melakukannya dari hati. "Lagipun banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki. Untuk berhijrah memang mudah, tetapi untuk istiqamah itu bukanlah perkara senang. Memang perkara sebegitu yang paling saya takuti terjadi ke atas diri saya," katanya. |
ADVERTISEMENT