Seorang model wanita di London, England telah menyaman satu klinik rawatan rambut kerana didakwa menjadi punca rambut model itu menjadi kusut teruk sampai terpaksa cukur selepas menjalani sesi rawatan di situ. Petikan dari Kosmo, April Alexander adalah seorang model dalam dunia dandanan rambut telah datang ke Belgravia Centre pada April tahun 2016 untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah rambut yang gugur. Menurut laporan dokumen dari mahkamah, rambut April tersimpul dan bergumpal ketika dalam sesi rawatan kulit kepala di klinik itu.
Difahamkan, April yang trauma memberitahu kepada mahkamah bahawa beberapa helai rambutnya tercabut ketika dua pakar terapi cuba memisahkan rambutnya. Insiden itu menyebabkan April berasa dia tidak ada pilihan lain kecuali mencukur rambutnya yang bergumpal itu.
Menurut peguam April, perbuatan menarik dan mencabut rambutnya amat sakit dan April menjadi sangat tertekan selepas di klinik tersebut selama 6 jam lamanya. Peguam itu juga menambah bahawa April juga menawarkan sejumlah wang untuk membayar pendandan rambut lain untuk mencukur rambut April. Belgravia Centre telah menafikan tuduhan tersebut dengan berkata yang rambut April menjadi seperti itu kerana April menggumpalnya di bawah rambut palsu. April mahu menuntut ganti rugi sebanyak £100,000 (RM566,700). -CARI |
ADVERTISEMENT