Aisar Khaled sekali lagi menjadi bahan kecaman ramai gara-gara videonya berpelukan dengan Fify Azmi. Pelakon ini dihentam selepas aksinya menari bersama aktres itu menimbulkan rasa kurang senag orang ramai.
Netizen mula mengungkit semula video-video berunsur keagamaan yang dibuat Aisar sebelum ini. Ini termasuk videonya yang solat di tepi stesen minyak dan mengislamkan seorang lelaki. "Ajak orang lain peluk Islam tapi dia peluk perempuan," komen netizen.
Netizen juga mempersoalkan apa keperluan Aisar menari dan peluk wanita tersebut? Namun macam biasa ada juga yang mempertahankan Aisar. "Sekurang-kurangnya dia ajak orang masuk Islam." |
ADVERTISEMENT