Menjadi kebiasaan kepada setiap pasangan yang bakal berkahwin ataupun yang sudah berkahwin mempunyai keinginan untuk merakam setiap momen-momen ketika hari pernikahan ataupun gambar pre-wedding supaya menyimpan setiap detik indah itu. Baru-baru ini, viral satu video yang dimuat naik oleh pengguna yang dikenali sebagai silvita. Dia telah berkongsi satu video berkenaan satu pasangan yang sedang menghasilkan video pre-wedding mereka di tepi pantai sambil menaiki seekor kuda.
Malang tidak berbau apabila kedua-dua pasangan itu terjatuh semasa menaiki kuda tersebut. Namun berdasarkan video tersebut, netizen mengatakan bahawa semuanya berpunca dari bakal pengantin lelaki itu di mana dia telah melompat ketika mahu duduk di atas kuda tersebut. Tindakkannya telah menyebabkan kuda itu terkejut lalu menajatuhkan mereka berdua. Lelaki itu turut dikecam netizen apabila dia terus melarikan diri selepas terjatuh dan 'lambat' bertindak untuk membantu pasangannya yang tersembam atas tanah. -CARI |
krustykrab: Ni sedara friskies ni...tak pa ...
eyansss replied at 17-2-2022 06:00 PM
tak nampak melarikan diri pun... more to dia nak tersembam n cuba balance kan diri... kan lepas tu ...
ADVERTISEMENT