|
Impian Bella Astillah dan Aliff Aziz menunaikan umrah di Mekah akhirnya terlaksana. Melalui Instagram, Bella meluahkan rasa syukur kerana dia sudah selesai menunaikan umrah selepas seminggu berada di Mekah.
“Syukur Alhamdulillah. Selesai menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci semalam. Alhamdulillah, Ya Allah ya tuhanku, terima kasih kerana sudi menerima kami hamba Mu yang hina dan kotor ini sebagai tetamu di rumahMu, Makkah Al Mukarramah. “Jemputan ke rumah Allah S.W.T bukan kerana tingginya ilmu agama atau pendidikan, atau kerana banyaknya harta kekayaan yang dimiliki.
“Kehadiran sebagai tetamuNya adalah kerana seruan Allah S.W.T terhadap hambaNya untuk melaksanakan ibadah dan kesempatan yang Allah S.W.T kurniakan ini adalah tanda untuk kita mentaati perintahNya dan untuk mendapat keampunan dari-Nya. Insya-Allah,”tulisnya.
|


makton replied at 16-2-2022 12:20 PM
masih terlalu awal bg aku nak komen murni2 pasal pasangan ni walaupun dah mereka jadi tetamu Allah k ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.133756 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.