Penyanyi, Farahdhiya atau nama sebenarnya Nur Farahdhiya Mohd Amin, berpendapat tindakan melakukan gimik sebagai langkah untuk mempromosikan lagu terbaharu adalah sesuatu yang keterlaluan seperti yang dilakukan segelintir penyanyi. Tidak dinafikan permainan gimik dalam industri seni sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah dilakukan beberapa orang penyanyi tempatan sebelum ini. Lebih teruk, ada yang sanggup menipu peminat kononnya bercinta dan menganggap perkara itu sebagai gimik sebelum melancarkan single terbaharu. Rupa-rupanya, percintaan itu hanyalah dalam video klip semata-mata.
Farah yang kini tampil dengan single terbaharu berjudul Tewas turut bertegas menyatakan bahawa sambutan pada lagu dinilai pada produk dan bukan gimik.
|
ADVERTISEMENT