Baru-baru ini, perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Aimzama di Twitter mendapat perhatian dan membuatkan ramai netizen terhibur. Tweet lelaki itu berkenaan dengan 'seluar dalam' yang menyebabkan dia terpaksa memujuk isterinya yang salah sangka. Kata Aimzama, dia dan isterinya tinggal di sebuah flat dan kisah bermula apabila dia membantu isterinya mengangkat pakaian yang dijemur di ampaian rumahnya. Kebetulan semasa hari kejadian, isterinya tiada di rumah. Disebabkan seluar dalam itu turut berada di ampaian rumahnya, lelaki itu terus mengambil seluar dalam itu kerana beranggapan bahawa seluar dalam itu milik isterinya. Namun tanpa disedari, rupa-rupanya 'spender' itu bukan milik isterinya. Hanya disebabkan hal itu, isterinya menyangka dia ada membawa 'perempuan lain' ke rumah mereka. Aimzama yang turut berkongsikan tentang perkara itu di status Facebook miliknya mengatakan bahawa dia berasa sangat lega hati apabila ada salah seorang jirannya tampil untuk membuktikan bahawa tiada perempuan lain dibawa masuk ke rumahnya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen nampaknya begitu terhibur dengan perkongsian Aimzama. Syukurlah, nasib baik ada jiran yang tolong 'backup' si Aimzama ini, kalau tidak habislah dia terpaksa memujuk isterinya selama berhari-hari. -CARI |
orkid_amani replied at 16-2-2022 03:51 PM
Xkan la spender sindai luaq rumah..apoo
Hat adik2 tu sidai dlm rumah la..xmalu ka sidai luaq rumah
...
ADVERTISEMENT