CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Agama Rogol 13 Pelajar Sampai Hamil Dipenjara Seumur Hidup

16-2-2022 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2535| Komen: 27

Jakarta: Seorang pemilik sekolah berasrama yang merogol 13 pelajar perempuan di Bandung dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah.

Lapor BBC, Herry Wirawan didakwa merogol kesemua pelajar perempuan tersebut yang berusia 11 hingga 16 tahun sehingga mereka hamil anak luar nikah.

Herry yang juga merupakan guru agama merogol mangsa sejak 2016 dengan lapan daripadanya mengandung dan ada seorang daripadanya pernah bersalin dua kali.


 Herry Foto: Agensi

Pihak pendakwa raya sebelum ini mendesak mahkamah supaya mengenakan hukuman mati terhadap Herry.


Namun, Mahkamah Daerah Bandung memutuskan lelaki berusia 36 tahun itu dipenjara seumur hidup.

Mahkamah juga menolak permohonan pendakwa raya untuk tertuduh dikembiri secara kimia.

Perbuatan terkutuk Herry hanya terbongkar pada Mei tahun lalu apabila ibu bapa seorang daripada mangsanya menyedari anak mereka mengandung.

Herry sebelum itu menguruskan sebuah sekolah agama di Bandung, Jawa Barat.

Media tempatan melaporkan, Herry cuba menarik perhatian pelajar setempat yang kebanyakannya daripada golongan miskin untuk belajar di sekolahnya dengan menawarkan biasiswa dan pelbagai insentif.

Mahkamah juga dimaklumkan kesemua pelajar Herry tidak dibenarkan menghubungi keluarga mereka apabila telefon bimbit dirampas, selain hanya dibenarkan pulang ke rumah sekali setahun.

Kes itu mendapat perhatian meluas daripada pelbagai pihak di Indonesia yang kebanyakannya menzahirkan rasa marah serta kecewa dengan perbuatan guru berkenaan.

Banyak pihak menggesa kerajaan supaya melaksanakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pesalah seksual bagi melindungi golongan wanita dan kanak-kanak perempuan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manzilla 16-2-2022 10:32 AM
Aku bersangka baik guru itu mengajar para pelajarnya bernikah mutaah stail Syiah. Beliau hanya tidak bernasib baik kerana undang-undang negara tidak mengiktirafnya.
Quote Simunggu 16-2-2022 10:33 AM
bodoh punya indon..memalukan
Quote schabella 16-2-2022 11:07 AM
Baik takyah jadi guru agama la kau jadi kuli. Mengaibkan golongan yang mengajar agama
Quote ifanonline 16-2-2022 11:11 AM
di malaysia pun ustaz di sekolah2 agama ramai yg sexual predators...jgn percaya sangat manusia pakai songkok dgn sarban zaman sekarang ni...
Quote HannahMuntanah 16-2-2022 11:16 AM
Terus teringat mbak Friska!
Quote FOTHER-MUCKER 16-2-2022 11:21 AM
25 tahun lepas di bandung juga ramai guru agama dalam satu tahfiz ditangkap kerana sex dengan pelajar lelaki.
Quote djzara81 16-2-2022 11:47 AM
Ini baru penonggeng agama asli.
Quote namr 16-2-2022 12:09 PM
Xadil..kalo kerat kotey baru adil
Quote merrissa 16-2-2022 12:35 PM
wow harap bertaubat la dlm penjara tu..jgn duk cari sabun plak
Quote tikusmontok 16-2-2022 12:49 PM
HannahMuntanah replied at 16-2-2022 11:16 AM
Terus teringat mbak Friska!

Haram nak npk dia dlm thread ni kan..menikus terus
Quote CardiGans85 16-2-2022 12:53 PM
Pendakwa raya dia terbaik ..X boleh hukuman mati, suruh di mandulkan, X boleh penjara seumur hidup
Quote Decaffeinated 16-2-2022 01:06 PM
manzilla replied at 16-2-2022 10:32 AM
Aku bersangka baik guru itu mengajar para pelajarnya bernikah mutaah stail Syiah. Beliau hanya tidak ...

apa yang baiknya menikah hanya untuk halalkan seks? Faham konsep perkahwinan tak. siapa yang cuba diperbodohkan, Tuhan?


Quote darkness 16-2-2022 01:08 PM
Memalukan islam
Quote cheezel 16-2-2022 01:10 PM
Kesiannya budak2 tu. Balik sekali setahun dan xboleh pegang phone. Mmg sedapla setan ni buat keje
Quote manzilla 16-2-2022 02:00 PM
Decaffeinated replied at 16-2-2022 01:06 PM
apa yang baiknya menikah hanya untuk halalkan seks? Faham konsep perkahwinan tak. siapa yang cuba  ...

Jangan tanya aku, tanya sama itu Ayatolol.
Quote Suchi 16-2-2022 02:14 PM
Oh kes ni dah bicara ya tp undang2 sana tak berat takde tibai sampai melepuh ke?

Sedih baca sebab dia rogol anak2 org susah pastinya diugut memacam.
Org susah dan anak yatim piatu kalau masuk sekolah berasrama mmg target pembuli pendogol dan pendopil nih.
Quote Suchi 16-2-2022 02:22 PM
CardiGans85 replied at 16-2-2022 12:53 PM
Pendakwa raya dia terbaik ..X boleh hukuman mati, suruh di mandulkan, X boleh penjara seumur hidup

Kan tapi semua pun tak dapat eloklah dikembiri dia dah mcm ketagih tak mustahil kuar jail mengelupuh cari mangsa.

Baru semalam baca kes Steven Stayner yg kena culik masa balik drpd sekolah tu penculik tu siang hari jaga dia mcm biasa seoalah2 seorang bapa dia siap sekolahkan dia bagai tp bila malam hari liwat dia.
Kes tu pun penculik dia kena 5 tahun je penjara bila kuar penjara pi cari mangsa lagi.
Eloklaah manusia gini dikembiri takpun bg jela hukuman mati.
Quote Lagubestbest 16-2-2022 02:31 PM
sebabtu jangan ikut sangat geng liberal barat, jel kejap je makan free bagai apa nya penjenayah nak takut. Hukuman mati tu ada kes perlu ada.
Quote 3chanceno 16-2-2022 02:44 PM
Kesian mangsa mangsa dia baru 11 tahun dah disiksa

Tak salah isteri dia tahu kegiatan sominya tapi tak lapor. Seharusnya kasi sebatan jugak n castrate

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.099682 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top