CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Yang Teruja Nak Nikah Di Siam Sabar Dulu Ya

16-2-2022 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 724| Komen: 0

Kangar: Keterujaan pasangan yang mahu berkahwin di Thailand mungkin tertangguh lagi berikutan kerajaan belum memberi kata putus berhubung pembukaan pintu sempadan negara pada 1 Mac ini.


Sebelum ini, hanya selepas empat hari selepas Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesyorkan kerajaan membuka semula sempadan negara, ejen-ejen nikah Siam khususnya di negeri ini tidak menang tangan menerima tempahan pasangan yang mahu berkahwin di Thailand.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang ejen yang enggan namanya didedahkan berkata, pasangan yang mahu berkahwin di Thailand perlu menunggu sehingga kerajaan memutuskan pintu sempadan dibuka.


Foto: Utusan Online


Katanya, selepas cadangan pembukan sempadan oleh MKN itu, dia sudah menerima lebih 20 tempahan namun hasrat mereka itu perlu ditangguh terlebih dahulu.

Dalam masa sama, dia berharap pembukaan sempadan negara segera dilaksanakan sekali gus membantu menjana semula pendapatan selepas lebih dua tahun terjejas.

“Seperti yang saya sebut sebelum ini, selagi kerajaan tidak memutuskan secara rasmi pintu sempadan dibuka, kita (pasangan) jangan terlalu mengharap sangat.

“Setiap hari ada saja panggilan yang diterima bertanyakan soal perkahwinan di Siam dengan beberapa hari kebelakangan ini, semakin banyak panggilan selepas mendapat maklumat cadangan MKN mengesyorkan pintu sempadan dibuka,” katanya.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan, ejen- ejen nikah Siam mendakwa mereka tidak putus-putus menerima panggilan daripada pasangan yang ingin menempah slot untuk bernikah selepas MPN mengesyorkan kerajaan membuka semula sempadan negara pada 1 Mac ini.

Seorang ejen yang ingin dikenali sebagai Kak Wan mendakwa, sejak cadangan MPN pada Selasa lalu, hari sama juga dia tidak putus-putus menerima panggilan pelanggan yang bertanyakan tarikh sebenar pembukaan sempadan serta tatacara yang bakal dilaksanakan untuk ke Thailand.

Selain dirinya, wanita itu memberitahu, rakan-rakan ejen lain turut menerima tempahan sama dan dia tidak menolak kemungkinan ratusan tempahan sudah diterima membabitkan ejen-ejen nikah Siam ini.

Sebelum ini, dia juga memaklumkan terdapat lebih 300 pasangan dalam senarai menunggu melangsungkan perkahwinan di Thailand sebaik sahaja pintu sempadan negara dibuka.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, pintu sempadan negara mungkin belum dibuka pada 1 Mac ini memandangkan tiada perbincangan ke arah itu dilakukan buat masa ini.

Kata Perdana Menteri, kerajaan perlu membuat pertimbangan sewajarnya sebelum membuka sempadan walaupun banyak membawa manfaat kepada sektor ekonomi terutama pelancongan.

Sementara itu, ejen tersebut berkata, dia sentiasa bersiap sedia membawa pasangan bernikah di Thailand sekiranya kerajaan memutuskan secara rasmi pintu sempadan negara dibuka sepenuhnya selepas ini.

“Sebelum ini, beberapa kali kedengaran pintu sempadan negara akan kembali dibuka namun masih tidak berlaku,” katanya yang berpengalaman lebih 10 tahun menjadi orang tengah perkahwinan di Thailand. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.052723 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top