|
Sejak dari dahulu lagi, setiap gerak-geri atau perlakuan seorang artis pasti menjadi perhatian netizen. Lebih-lebih lagi jika mereka melakukan kesilapan atau kesalahan, pasti akan dikecam oleh netizen. Baru-baru ini, pelakon Sherry Ibrahim dilihat telah memuat naik posting terbaru di akaun Instagram miliknya. Niat dia memuat naik video tersebut hanya untuk menunjukkan dia mendaki bukit selepas telah lengkap vaksin booster. Namun, apa yang menjadi bualan netizen ialah cara pemakaiannya yang dikatakan 'ketat'. Walaupun seluruh tubuhnya ditutupi oleh pakaian, namun seluarnya yang ketat itu menarik perhatian netizen. ![]() Sumber: Instagram Sherry Ibrahim Oleh kerana penampilan Sherry yang sudah berhijab, netizen merasakan pemakaiannya itu tidak sedap dipandang mata. Mungkin Sherry berseluar begitu kerana untuk memudahkan pergerakannya untuk hiking di bukit itu. Sumber: Instagram Sherry Ibrahim Walaupun begitu, tidak salah juga komen yang diberikan oleh netizen kerana mungkin niat cuma untuk menasihati Sherry. Tidak salah jika kita mengambil komen itu dengan hati yang terbuka. -CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.029969 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.