CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Akhirnya Terjawab,” – Anak Elfira Loy Alami Jangkitan Di Paru-Paru

15-2-2022 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2915| Komen: 11

Selepas kerap mengalami demam serta gejala batuk dan selesema, pelakon, Elfira Loy memaklumkan dirinya telah membawa anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf untuk mendapatkan rawatan di hospital.


Selepas menjalani beberapa pemeriksaan, Elfira memberitahu, pihak doktor mengesahkan anaknya itu telah mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-paru atau pneumonia.

Bagaimanapun, pihak doktor memaklumkan simptom yang dialami oleh anaknya itu hanyalah merupakan penyakit bermusim yang keram kali menyerang kanak-kanak ketika ini.


Foto: IG

“Hari yang mommy nanti-nantikan, akhirnya terjawab after looooong on-off sick period. Today, mommy tergerak bawak jelah jumpa Dr walaupun macam selesema dan batuk je.


“So, we went to Andorra buat rtk , test clear baru buat xray. The result came in, with infections at both lungs.

“Ada phlegm pulak, Dr kata memang musim kids kena pneumonia. Ward pun tengah penuh. So, since Rayyan tak demam, boleh balik monitor kat rumah je lepas dua kali Neb dekat emergency ward tadi. Hopefully akan terus sihatlah,” tulisnya.




Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Di Sebalik Kasyaf itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Elfira turut menjelaskan, sebelum ini, dia sudah pun terlebih dahulu membawa anaknya itu ke klinik, namum, pihak doktor di klinik tersebut dikatakan tidak dapat mengenal pasti mengenai punca sebenar penyakit anaknya itu.

Lantaran itu, Elfira turut menyeru kepada para ibu untuk membawa anak-anak mereka berjumpa dengan beberapa doktor berbeza bagi mendapatkan khidmat nasihat.



“P/s: ni bukan first time kita pegi check up. Dah pegi hospital and clinic pun baru -baru ni. Nasib baik Dr kat sini nak buat x-ray. So we found out lung infections.

“Kalau tak, memang macam flu dan cough je. Mommy memang ada trust issues lah dengan hospital dan clinic mana nak pegi.

“So mommies , if you dont feel good about your babies , just keep trying and go to different places. Semoga cepat sembuh baby mommy,” kongsinya lagi.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan duka selian turut mendoakan semoga Rayyan dapat kembali sembuh.

“Get well soon Handsomeboyyy Rayyan.

“Allah sayang. Semoga sembuh Rayyan dear.

“Semoga Rayyan cepat sembuh. Aamiin Ya Mujib.

“Ya Allah El, semoga dipermudahkan dan cepat sembuh handsome boy,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.



Sekadar informasi, Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 Januari 2019.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung yang bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.



Elfira juga kini sedang menghitung hari bagi menantikan detik kelahiran cahaya mata keduanya. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomatome 15-2-2022 05:41 PM
Elfira da jadi taitai ye.. rezeki dia.. Alhamdulillah..

Well mmg kesian bdk kalau kena pneumonia.. anak i pn pernah warded seksanya lahai..
Quote pxlbb 15-2-2022 09:16 PM
GWS but elfira ni mmg watak mak mak je ye skrg ni. Rasa dia muda dari aku tp life mak mak je. Ok done hati busuk.
Quote doubleA 15-2-2022 09:27 PM
Memang musim, anak iols pun warded last month. Bab anak ni iols pergi panel dulu, tapi tak puas hati ke child specialist for second opinion, last2 warded. Anak iols ada medical card tapi iols tak p hosp panel great eastern sbb biasa check up kt specialist. Dapat la duduk 1 family 1 bilik selesa la. Sbb bila anak sakit ni kita yg nak jaga pn kena selesa. Bukan hosp gov tak bagus ya tapi kena berhimpit semua dalam wad 3rd class, kalau nasib baik dpt la wad 1st class kalau kosong which i doubt so, tapi confirm penjaga kena tidur di kerusi. Since ada medical card guna je p swasta boleh claim
Quote doubleA 15-2-2022 09:29 PM
Iols setuju dgn elpirah, bab anak pergi la for second opinion sampai kita puas hati. Yg penting anak sihat semula
Quote margo20 15-2-2022 11:15 PM
Anak aku sebulan skali admitted since last nov. Then last month kena admit lg tp specialist kt shah alam semua penuh last last g hosp shah alam je. Walau admitted 1 mlm je, finally jumpa doc yg bgtau ape masalah anak aku. Ade hikmah jugak hosp swasta penuh time tu. Skrg ni dh tak runsing da kalau tak bila dia start batuk je da risau
Quote orkidorkido 16-2-2022 01:07 AM
Memang musim sekarang ni .. kesian anak-anak
Quote meah_kelabu 16-2-2022 09:00 AM
anak sakit tak tahu punce ni mmg nightmare smua mak-mak
anak meols post covid symptom
batuk selseme tak teruk tapi taknak baik
masa warded covid doc tak treat pon batuk n selseme tu. just bg pcm utk turunkan demam n antibiotics
lpas dh sebulan hbes kuarantin covid, still batuk n selseme tu prolonged terus iols decide ke paeds
urut dada paed tu bila dengar kes anak meols
hbes 200 terus lega budak tu
kesimpulan disini, sihat itu mahal harganya dan jangan berkira utk kesihatan kita dan org2 tersayang
Quote star_anisse 16-2-2022 10:07 AM
lps raya cina aritu mostly kanak2 yg warded semua masalah mcm anak elfira ni termasuk my baby.. ingat batuk selesema biasa je.. tp lps baby demam on off 5 hari mmg bawak ke hospital jugak la.

3 hari warded kt hospital, pagi2 doc buat suction. blk rumah continue antibiotic baru hilang dah batuk dan selesema. nk buat test covid kt baby bkn senang sbb takleh pakai air liur punya. kena swab hidung. sbb tu mmg risau sgt sbb simptom mcm covid.
Quote armin 16-2-2022 01:07 PM
meah_kelabu replied at 16-2-2022 09:00 AM
anak sakit tak tahu punce ni mmg nightmare smua mak-mak
anak meols post covid symptom
batuk selseme  ...

paed mana chuols pergi? anak iols mcm tu jugak demam 3 minggu tak elok2. batuk and flu. ada amik antibiotik, 2 kali check darah lepas tu ok tp demam still on off. now bagi ubat dah ok tapi lama betul demam dia. swab test negatif. tp kadang2 still demam on off dia tu. risau la pulak. doktor kata normal je, tp iols pun ada terjangkit batuk n flu. now dah ok dah. swab pun negatif tp risau pulak sbb banyak kali baca org test byk kali baru positive. tak tahu la.
Quote meah_kelabu 16-2-2022 01:11 PM
armin replied at 16-2-2022 01:07 PM
paed mana chuols pergi? anak iols mcm tu jugak demam 3 minggu tak elok2. batuk and flu. ada amik a ...

iols g paed dkt kpj tawakal
ade 2 doc - doc kishore n doc zarin
both pn mmg iols consult dr anak baby lg
so far ubat2 doc ni prescibe mmg kene dgn anak iols
try la chuols
budak kalau demam lebih 3 hari je mmg iols xde ulang alik klinik dah, terus shoot pakar
kalau doc kate kene admitted pn pejam mate jela sebab nak anak cepat baik
budak sakit lama2 xelok sngt. nnti melarat2 sakit lain
all the best chuols. semoga dipermudahkan urusan
Quote armin 16-2-2022 01:57 PM
meah_kelabu replied at 16-2-2022 01:11 PM
iols g paed dkt kpj tawakal
ade 2 doc - doc kishore n doc zarin
both pn mmg iols consult dr anak b ...

thanks chuols. dekat dah ni dgn rumah iols tp tak pernah gi paed lg. ni first time demam lama sejak start hantar taska. risau jgk

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.053789 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top