Seorang pengarah sebuah jabatan ditahan kerana disyaki menyalahgunakan kedudukannya dengan meluluskan tiket penerbangan bagi isteri dan anaknya bernilai kira-kira RM6,000, sedangkan mereka tidak layak untuk kemudahan itu.
Menurut sumber, lelaki berusia 54 tahun itu dipercayai melakukan kesalahan itu ketika berkhidmat sebagai pengarah di sebuah kolej awam di Tawau, antara 2017 hingga 2018. Tambah sumber, suspek ditahan ketika hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur bagi membantu siasatan, kira-kira pukul 9 pagi Isnin.
Siasatan tersebut, menurut sumber, dijalankan oleh pasukan penyiasat dari SPRM cawangan Tawau. Difahamkan, suspek menggunakan tiket kapal terbang itu bersama isteri dan anaknya ke Kuala Lumpur atas urusan kerja beberapa kali walaupun kelayakan sebenar suspek hanyalah setahun sekali. Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Menurutnya, suspek dilepaskan dengan bon jaminan SPRM dengan seorang penjamin, dan akan didakwa di Mahkamah Tawau pada 24 Februari. - CARI Sumber: mStar/The Star
|
miszclassique replied at 15-2-2022 07:55 PM
Ramai je yang buat ni, sama ada kantoi atau tak je... Let say ada kerja luar dan dapat duduk hotel, ...
Decaffeinated replied at 15-2-2022 09:41 PM
Kalau bilik hotel tu aku tak heran tapi harga ticket kan ikut kepala walau pun invois satu nama. B ...
Decaffeinated replied at 15-2-2022 09:41 PM
Kalau bilik hotel tu aku tak heran tapi harga ticket kan ikut kepala walau pun invois satu nama. B ...
ADVERTISEMENT