CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Rose Terima Tawaran Berlakon Sebab Nak Belajar, Tak Kisah Dikutuk

15-2-2022 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1974| Komen: 14

Pelakon dan pempengaruh (Instafamous) popular, Sharifah Rose, 23, sentiasa menetapkan niat di dalam hatinya datang ke lokasi penggambaran untuk belajar dan menimba ilmu lakonan.


Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira yang pernah dikecam hebat netizen 'tidak boleh berlakon' sebelum ini berkata, dia menerima apa saja komen diberikan secara terbuka dan positif.


Foto: IG

"Dengan apa yang pernah berlaku itu (dikecam netizen), sebenarnya saya banyak belajar dan bersemangat memperbaiki kelemahan dalam lakonan. Sekarang pun, saya masih belajar lagi.

"Menerusi tawaran lakonan diterima, niat saya hanya satu untuk belajar. Jadi, saya okay saja dengan setiap komen diberikan itu kerana suka orang tegur apa yang kurang.


"Pembabitan saya dari awal dalam kerjaya ini pun hendak belajar dan saya juga pernah memasuki kelas lakonan untuk menimba ilmu. Tapi, sekarang jadual penggambaran saya agak sibuk," katanya.



Rose sebelum ini menjadi perhatian menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonannya bersama Redza Rosli di TV3, tahun lalu.

Kini, Rose kembali lagi di TV3 dengan drama 3 Nota Cinta sebagai watak utama, Alisa di samping pelakon berkaliber, Ashraf Muslim, 40, sebagai Zain.



Mengulas gandingannya dengan rakan pelakon lelaki 'berusia' dan lebih matang seperti Ashraf, Rose berkata, dia tiada masalah untuk bekerjasama serta bukan satu isu baginya.

"Saya gembira bekerja dengan abang Ashraf kerana dia banyak membantu saya untuk mewujudkan keserasian dalam watak kami. Walaupun ini kali pertama berlakon sama, kami mudah serasi.



"Seperti yang saya kata, kehadiran di lokasi penggambaran kerana bekerja dan ingin belajar. Jadi, saya sentiasa bersedia menerima apa saja ilmu baharu lakonan yang dikongsikan semua pelakon," katanya.

Selain drama, Rose juga salah seorang selebriti terbabit dalam program Master In The House (MITH) Malaysia disiarkan TV3 bersama empat lagi bakat muda lain iaitu Hael Husaini, Scha Elinnea, Andi Bernadee dan Meyrasam Cassia. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote schabella 15-2-2022 11:04 PM
Lohh sapa dia ni tak kenal
Quote mendeluk 15-2-2022 11:45 PM
Dia ini tak nampak commercial. Susah nak market kan diri. Sorry. Next
Quote holothurian 15-2-2022 11:53 PM
pelakon berkaliber?? Asyraf Muslim..nyehhhh..dengar nama hero pun xhingin nk tgk.. apatah lg heroin yg tidak dikenali..
Quote dudaberhias 16-2-2022 12:20 AM
di kecam tu sape pun sanggup harungi... buat2 pekak telinga jer k...

tapi sanggup ke kalau orang kalih ke channel animal planet bila drama dia di tayangkan...
lagi berair tengok binatang dalam tu penonton kata...

hujung hujung di salahkan netizen pulak sebab tak sokong industri tempatan...
Quote she 16-2-2022 12:22 AM
Sebab tu orang lain masuk teater…masuk sekolah seni…orang belajar sebelum main drama

Ni kau nak belajar terhegeh kayu kayan
Geram macik tau
Quote AcikBuncit 16-2-2022 12:44 AM
Produser pn skang mmg ambik instapemes je blakon. Mane depa pandang budak2 background aswara, seni, teater lakon bagai dah..kbnyakan org bckground arts ni as artis xramai follower pn. Asalkn ko follower ramai, hangkut jd retis.. Btw, bagus dia ni belajar n asah bakat dgn cara terima tawaran. Pelakon2 skang ni pun dulu kayu kayan jugak.. Dh lama blakon bru ok.. Mcm bamtah.. Hahaha
Quote sayangselasih 16-2-2022 01:09 AM
pada meols, sheols belakon okla. tak kayu. meols akan tengok kalau dia belakon.
Quote Kancilkering 16-2-2022 06:18 AM
dia n nabila razali….ok je berlakon….
plus hanna delisha heeeheeeh
Quote merrissa 16-2-2022 07:29 AM
awat kaki tgn dia x lawa...touch up la foundation bedak ke apa kt situ
Quote belacan_gurl 16-2-2022 07:35 AM
Ashraf Muslim tu bahagian sekitar mata kemain hitam....dah mcm org x tido 20 hari...hahhaahhaa
Quote hayrin86 16-2-2022 08:44 AM
dudaberhias replied at 16-2-2022 12:20 AM
di kecam tu sape pun sanggup harungi... buat2 pekak telinga jer k...

tapi sanggup ke kalau orang ka ...

Kalau tak suka drama TV3 jam 7 malam baik tgk Berita TV9 aje, lepas itu Nadi Arena dan Awani 7:45 (cuma yang ada Astro/Njoi aje)..

Quote dudaberhias 16-2-2022 08:47 AM
AcikBuncit replied at 16-2-2022 12:44 AM
Produser pn skang mmg ambik instapemes je blakon. Mane depa pandang budak2 background aswara, seni,  ...

memang pun... kalau nak ambil followers ramai ni iols restu hanya jika pelakonnya herlokkk...ni rhoper pun macam tapai basi lepastu di ambik berlakon hanya kerana followers ramai
dasar produser2 malaysia ni tak pernah dengar atau nak tunaikan apa penonton nak....
budak2 seni teater tu ramai je herlok2 walaupun patah riuk

Quote sambaldurian 16-2-2022 10:27 AM
hari tu ada tgk Master In the house siti nurhaliza, mak aku pelik je knp dia pnggil Mak Iti. SN tu dh gelar diri dia as Kak Iti. aku ckp la dia ni bekas makwe anak tiri. kn dh bekas , xyah la panggil Mak Iti, pnggilla dato' ke, K.Siti ke. sbb mak aku ckp muka Siti mcm x suka je. ye ye je mak aku , ckp muka Siti x suka
Quote AcikBuncit 16-2-2022 08:14 PM
belacan_gurl replied at 16-2-2022 07:35 AM
Ashraf Muslim tu bahagian sekitar mata kemain hitam....dah mcm org x tido 20 hari...hahhaahhaa

Dah bini pun dua.. Mana sempat nak tido nye.. Kne servis dua2... Jaga anak2 lagi rumah lain2.. Hahaha

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.050614 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top