CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rumah Banglo Shuk Sahar Dah Ada Pembeli

15-2-2022 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9570| Komen: 81

"Alhamdulillah, rumah saya sudah ada pembeli dan bayar wang pendahuluan," kata pelawak dan pengacara popular, Shuk Sahar yang mahu menjual rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan harga RM1.2 juta kerana memerlukan wang.


Shuk, 36, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar ketika dihubungi berkata, keputusan dibuat bagi mengelakkkan dia berdepan kesukaran lain pada masa hadapan.

"Kalau boleh saya malas nak komen panjang. Macam saya cakap pada sesi siaran langsung di TikTok, saya perlukan wang dan ingin buat sesuatu yang baharu.

"Saya memang sayang nak jual rumah itu, tapi saya takut tak mampu nak tanggung komitmen. Jadi, keputusan nak jual adalah jalan terbaik. Individu yang nak membeli sudah letak wang pendahuluan. Dia menghubungi ejen yang dilantik bagi urusan jual beli ini," katanya kepada Harian Metro.


Foto: Harian Metro

Shuk berkata, dia nekad menjual rumah itu selain perlu menjelaskan hutang kad kredit dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Ya, saya memang nekad. Kalau saya tak bayar nanti, rumah kena lelong pula. Susah pula kan. Jadi lebih baik jual dulu. Duit yang dapat itu nanti saya nak selesaikan hutang seperti kad kredit dan cukai LHDN," katanya.

Ditanya mengenai kerjaya seninya, Shuk berharap dia diterima semula dalam industri hiburan tanah air.

"Saya harapkan kalau ada peluang dalam industri lagi, saya masih nak bekerja. Siapa yang tak nak kerja kan?" katanya.

Terdahulu, Shuk dalam hantaran video dimuat naik pengguna di TikTok berkata, dia perlu menjual rumah itu bagi meneruskan kehidupan dan memulakan sesuatu yang baharu.

Dalam pada itu, status rumah tangga Shuk dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian pada November tahun lalu.

Ia selepas Shuk didakwa beberapa kali 'kantoi' berlaku curang dengan wanita bernama Farah Salleh.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 dan dikurniakan dua anak iaitu NurQurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote redz85 15-2-2022 05:11 PM
ok lah yang di jual harta dia sendiri..  

bukan dari harta yang dia sibuk susun
Quote KamikuP 15-2-2022 05:29 PM
Kejaop di atas kejapan di bawah tahan laerrrr
Quote cikgojesss 15-2-2022 05:29 PM
CASHHHH!

Quote midori_katana 15-2-2022 05:35 PM
Iols baru baca interio designer rumah syuk ni anis syuhada yg popular kat fb tu. Naguslah dah ada pembeli . Ada la untung sikit berbanding kena lelong
Quote armin 15-2-2022 05:35 PM
Scandal macam mana dah berambus ke sejak dah miskin takde job ni
Quote Lolalala 15-2-2022 05:44 PM
Jual rumah dan aset dulu. Baru dia ceraikan bini kot. Nnt bini x leh nak tuntut harta sepencarian ????
Quote dudaberhias 15-2-2022 05:48 PM
eeee kenapa ada yang harus beli rumah heshe ... tak geli kerrrr dengan buShuk niii...
Quote white01whale 15-2-2022 06:05 PM
Kalau dah perangai camni... 1.2juta tu kejap jer licin
Quote chillipepper 15-2-2022 06:21 PM
harap harap dia bayarkan or tanggung la rumah yang bini ngan anak anak dia duduk. jgn jual rumah pastu tak amik kisah pulak pasal family
Quote white_musk 15-2-2022 06:46 PM
Lolalala replied at 15-2-2022 05:44 PM
Jual rumah dan aset dulu. Baru dia ceraikan bini kot. Nnt bini x leh nak tuntut harta sepencarian ?? ...

Hasil jualan rumah boleh dituntut ya dik.. jangan buat2 tak cerdik pula
Quote duricinta 15-2-2022 06:46 PM
Semut cafe dia tu dh tutup terus ke?
Quote sporty_wink 15-2-2022 07:03 PM
Lolalala replied at 15-2-2022 05:44 PM
Jual rumah dan aset dulu. Baru dia ceraikan bini kot. Nnt bini x leh nak tuntut harta sepencarian ?? ...

yeazzaa…i second chuollss..mungkin itu plan dia
Quote she 15-2-2022 07:06 PM
white_musk replied at 15-2-2022 06:46 PM
Hasil jualan rumah boleh dituntut ya dik.. jangan buat2 tak cerdik pula

Nak tuntut bukan semudah petik jari nak

Tambah2 duit jualan tu dia setelkan cukai hutang lain dan baki bank

Kalau senang…idok ler bersusun bekas bini teraniaya
Quote nakkomenjugak 15-2-2022 08:10 PM
banyaknya hutang kooooo shrekkkk
kepada pembeli baru, sanitize habis2
pakai fog keee
kasi hilang segala bekas2 daki dan kuman berkat dek kesundalan shrek moga tak melekat kat keluarga ko
Quote jiwakacau06 15-2-2022 08:29 PM
cepat btl dpt buyer...
Quote Rogue98 15-2-2022 08:32 PM
Kesian kat famili... baru nak rasa duduk rumah cantik...
Quote nw111 15-2-2022 08:33 PM
Murahnya banglo kt denai alam rm1.2m je...jual below market value ke apa ni...mmg untung la sapa beli..
Quote rukia2 15-2-2022 08:37 PM
bukan dia ada bukak cafe air lebih kurang shuib punya tu..ape semooth cafe eh?
Quote rayna_raynes 15-2-2022 08:38 PM
nw111 replied at 15-2-2022 08:33 PM
Murahnya banglo kt denai alam rm1.2m je...jual below market value ke apa ni...mmg untung la sapa bel ...

banglo ke rumah dia? Bukan semi D je ke?

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.097061 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top