Pengalaman menjadi pesakit Covid-19 selepas dijangkiti wabak maut berkenaan pada Disember tahun lalu benar-benar mengubah kehidupan pelakon Rashidi Ishak.
Akui Rashidi, 48, dia mengakui berasa trauma dengan apa yang berlaku terhadap dirinya kerana ketika itu, keadaan kesihatannya agak teruk. Trauma yang dialaminya membuatkan dia berubah menjadi seorang yang memiliki personaliti Obsessif Kompulsif atau Obsessive compulsive disorder (OCD) Covid-19. “Sekarang saya jadi lebih OCD. Cecair pembasmi kuman sentiasa ada dibawa bersama, tak habis-habis nak bersihkan tangan.
“Kesan kejadian tempoh hari juga buatkan saya tak bergaul dengan sesiapa semasa penggambaran. Selepas tamat babak, saya masuk kereta dan jauhkan diri daripada orang. “Sekarang pun saya tak keluar berjumpa orang. Selepas kerja, terus balik ke rumah. Perancangan bercuti pun langsung tak ada untuk tahun ini memandangkan kes harian juga semakin meningkat,” kongsinya.
|
prince_marhaen replied at 16-2-2022 11:14 AM
nak imagine heols tasty, tapi still terbayang watak terencat Cico dalam Mami Jarum terus meols terse ...
ibu_haritz replied at 16-2-2022 11:17 AM
hahahaha...kannnnn
dgn gigit2 kuku
ADVERTISEMENT