CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penyanyi Pengganti Di AJL 36 Sangat Berbeza Dengan Ernie Zakrie, Siapakah?

15-2-2022 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5679| Komen: 31

Penyanyi bersuara lantang, Ernie Zakri sudah menemui penggantinya membawakan lagu Boneka beraksi di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 pada 6 Mac depan.


Bakal melahirkan cahaya mata sulung, bulan ini, Ernie akan menjalani tempoh berpantang ketika AJL 36 sedang berlangsung.

Ernie meminta peminat bersabar menantikan siapakah penyanyi yang bakal membawakan lagu ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh itu.

Foto: IG


"Bohonglah jika saya katakan masih belum menemui pengganti, sedangkan hanya tinggal tidak sampai sebulan sahaja AJL 36 bakal berlangsung.


"Saya bersyukur penyanyi yang dipilih bersetuju menggantikan saya. Bagaimanapun, buat masa ini, saya belum bersedia mendedahkan calon yang dipilih.

"Apa yang boleh dikatakan, penyanyi ini sangat berbeza dengan saya. Dia akan menjadi dirinya sendiri dan sememangnya itulah yang saya harapkan," katanya kepada BH Online.



Isteri kepada penyanyi Syamel itu berkata, dia memberikan sepenuh kebebasan kepada penyanyi penggantinya untuk menyampaikan lagu Boneka.

"Saya tidak mahu penyanyi ini menjadi Ernie Zakri. Saya juga berharap peminat tidak meletakkan harapan tinggi pada penyanyi ini," katanya.

Jelas Ernie lagi, pemilihan tidak dibuat sewenang-wenangnya, sebaliknya tetap melihat kepada kemampuan vokal penyanyi penggantinya supaya dapat membawakan lagu Boneka dengan baik.



"Mengenai kriteria pemilihan, saya tidak mencari penyanyi pengganti asal boleh sahaja. Sebaliknya, saya mencari penyanyi yang mempunyai hala tuju dan tahu apa yang dimahukan.

"Penyanyi ini haruslah seorang yang kreatif, bukan sekadar naik pentas menyanyi atau asal boleh beraksi di pentas AJL 36.

"Sebaliknya, penyanyi ini juga perlu ikhlas menjayakan lagu Boneka kerana karya ini terlalu penting buat saya," katanya.



Mengulas dakwaan mengatakan bapa sepupunya, Anuar Zain dan suami, Syamel disebut-sebut sebagai penyanyi pengganti, Ernie meminta peminat bersabar dan menunggu sehingga malam kemuncak AJL 36.

"Ya, saya ada dakwaan mengatakan Anuar atau Syamel bakal menggantikan saya. Mengenai perkara ini, kita sama-sama tonton AJL 36.

"Apapun, saya mohon peminat mendoakan yang terbaik untuk persiapan lagu Boneka," katanya.



Terdahulu, Ernie mengakui sedih tidak dapat meneruskan perjuangan dan memberikan 'roh' kepada lagu Boneka di pentas AJL 36.

Bagaimanapun, Ernie mengakui, terbuka siapa pun calon yang bakal menggantikan tempatnya. Apa yang lebih utama, dapat memuaskan hati komposer.

Ernie pernah menyandang trofi Vokal Terbaik AJL sebanyak dua kali. Menerusi edisi ke-32, Ernie menyampaikan lagu duet Aku Cinta bersama Syamel, manakala lagu solo, Gundah menerusi edisi ke-35.

Selain lagu Boneka, Ernie dan suaminya mempersembahkan lagu duet, Goodbye Hello di pentas Semi Final Muzik Muzik Ke-36. Bagaimanapun, lagu itu gagal bolos ke pentas AJL 36.

AJL 36 akan dipancarkan secara langsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan disiarkan serentak di TV3, jam 9 malam pada 6 Mac depan menyaksikan 12 lagu berentap merebut gelaran juara lagu. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cahaya_almas 15-2-2022 04:47 PM
Edited by cahaya_almas at 15-2-2022 04:48 PM

Bila ajl ni...nk tgk aqim...ooo 6 mac....tk sbr nk tgk...
Quote dudaberhias 15-2-2022 04:51 PM
nauzubillah min zalik dah rhoper peti ais dah erni pakai baju oren tu... ingatkan lori courier shopee express tadi...
Quote akuHavocczz 15-2-2022 04:56 PM
ohhh... iqbal lah ni. Tak pun tok vida
Quote sleepandream 15-2-2022 07:23 PM
mcm baru jah tengok ajl lepas...
walaupun iols lupa lagu apa yg menang
Quote kmelankolia 15-2-2022 07:25 PM
suki tak pun niki agaknya...
Quote Rhyno 15-2-2022 08:29 PM
Aweera kot?

[youtube]h_JB7rFLBos[/youtube]
Quote Mawar91 15-2-2022 08:31 PM
So warga forumer belum dapat tau ke spe pengganti Ernie?Syamel kah?
Quote mojarean_X 15-2-2022 09:00 PM
Ntah2 tok ecah.
Quote chanthik 15-2-2022 09:05 PM
Bukan selalunya penyanyi gantian dah siap-siap shoot TVC?
TVC AJL untuk Boneka bermodelkan Ernie kah?
Motep?
Quote gerbera.memopad 15-2-2022 09:11 PM
Masuk ni dah 2 tahun tak follow final AJL. Dah tak grande macam dulu. Bestnya la zaman-zaman Hafiz asyik menang, gimik perfomance Datin Alyah, FT dedulu. Stage dulu pun besar dengan okestra yang best under laki Datin Alyah. It felt different bila Aubrey take over.
Quote AcikBuncit 15-2-2022 10:58 PM
Amsyar lee kot.. Luls
Quote orkid_amani 15-2-2022 11:06 PM
Lama betoi dia pregnant[em:24:]
Quote beatgirlX 15-2-2022 11:07 PM
Syamel?
Hehe...tapi terbayang kan kalau Hafiz Shuob bawak..mcmana la gaya
Quote SisLena 15-2-2022 11:18 PM
gerbera.memopad replied at 15-2-2022 09:11 PM
Masuk ni dah 2 tahun tak follow final AJL. Dah tak grande macam dulu. Bestnya la zaman-zaman Hafiz a ...

Taktaula nape sound sistem tv3 hauk giler time ajl. Masa sfmm pon bunyi kot mic time nyanyi. Ganggu betul. Dengan camera man pn tingtong. teruk betul
Quote SisLena 15-2-2022 11:19 PM
Yang pasti bukan aina bedul hiks
Quote fazamania 15-2-2022 11:33 PM
Adakah ANUAR ZAIN?
Quote wordlife 16-2-2022 08:17 AM
it's gotta be Syamel
Quote ashilalat 16-2-2022 08:22 AM
Bagi syamel je lah..lagu tu ada potensi. Kalau syamel menang, ernie dapat rasa jugak. Buat la arrangement lain yg sedap. Suara syamel sedap dah.
Quote princessmiang 16-2-2022 08:23 AM
lock ina naim


Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.186920 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top