|
Wani Kayrie, 21, mensasarkan hasrat memiliki rumah pula selepas berjaya membeli kereta idamannya iaitu Mercedes-Benz CLA180 berharga RM192,000, baru-baru ini.
Wani berkata, sebagai anak sulung, dia melihat sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membahagiakan keluarga terlebih dulu sebelum berkahwin suatu hari nanti. "Selepas kereta, saya bercadang nak beli rumah pula sebagai aset peribadi. Bagi saya, selagi ada peluang rezeki ini kena berusaha memanfaatkannya untuk kebahagiaan keluarga. "Saya ada ibu bapa dan adik-adik yang harus dijaga. Sekarang pun, fokus saya pada karier apabila peluang demi peluang datang untuk saya cuba. Syukur alhamdulillah dan saya akan berusaha lebih baik lagi untuk lebih berjaya," katanya di sidang media virtual drama 3 Nota Cinta lakonannya bersama Ashraf Muslim dan Sharifah Rose yang disiarkan di slot Akasia TV3, jam 7 malam.
Wani yang melakonkan watak Aini dan sudah berkahwin berkata, satu cabaran besar baginya sebagai wanita bujang untuk menjayakan watak itu sebaik mungkin dan mujur dia banyak dibantu pengarah.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.567601 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.