CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jasa Arwah Jit Murad Ubah Kehidupan Sharifah Amani

15-2-2022 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5989| Komen: 6

Aktres Sharifah Amani tidak mampu melupakan jasa Allahyarham Jit Murad yang memperkenalkannya hingga menjadi anak didik kepada penerbit dan pengarah, Allahyarham Yasmin Ahmad, sekali gus mengubah seluruh kehidupannya.


Sharifah Amani atau lebih mesra disapa Nani mengimbau kenangan bersama arwah Jit menerusi coretan yang dikongsi menerusi laman Instagram.



"Kali pertama saya mengenal filem ketika duduk di atas riba kamu. Kamu bercerita dan buat kami ketawa.

"Kamu juga menjadi individu penting menemukan saya dengan insan yang mengubah seluruh hidup saya selama ini. Saya tidak akan bertemu arwah Yasmin jika tidak terserempak di jalanan bersama kamu pada malam itu.

"Saya berpeluang melakonkan watak Nina dan banyak lagi karakter termasuk naskhah teater Gold Rain and Hailstones yang tulisan kamu. Itu antara detik yang membahagiakan.

"Kita melepak hampir setiap malam pada saat itu. Saya sangat sayangkan kamu, Uncle Jit," tulisnya.


Foto: IG

Pelakon filem Sepet dan Gubra itu berkata, dia tidak mampu menahan kesedihan, namun, menemui ketenangan dengan harapan pemergiannya akan menyatukan arwah dengan orang tersayang di alam barzakh.

"Saya akan sentiasa mengenang bagaimana momen ketika kamu datang ke tadika untuk menjemput anak saudara. Namun, saya terlebih dahulu berlari ke arah untuk memeluk erat kamu.

"Berehatlah untuk selama-lamanya. Kami akan meneruskan 'penceritaan' yang kamu tinggalkan. Kami akan terus membawa bendera 'Clumsy Mutants' ke mana sahaja.

"Semoga roh kamu berada dalam kasih sayang dan keampunan Allah. Al-Fatihah, Jit Murad," tulis Amani.



Terdahulu, pelakon, pengarah dan aktivis teater itu ditemui tidak bernyawa oleh rakan-rakan di kediamannya di Bukit Damansara, jam 2.15 petang pada Sabtu lalu.

Arwah disahkan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas bedah siasat dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Jenazah anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor itu akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. -CARI

Sumber: Berita Harian 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kalchi 15-2-2022 04:18 PM
Nanie bebaru ni ada pos gambar dgn bopren. Tunjuk tangan je la tapi. Nak gak tau sapa lah gerangan sbb dia tak penah pon digosip dgn sesapa sepanjang jadi plakon.
Quote primarikey 15-2-2022 06:28 PM
Ramai yg syg arwah jit ni...mesti dia baik dan istimewa orgnya
Quote jas7512 15-2-2022 08:47 PM
Hhm...waktu arwah tu ngadu xde duit nak beli mknan knp kau x tolong ya...appreciate konon....nyampea dgn org2 yg bila dah mati baru nak sibuk..masa hidup knp kau lantak kan aje arwah tu sampai dah berhari2 baru  tahu meninggal
Quote Belibis 15-2-2022 08:53 PM
jas7512: Hhm...waktu arwah tu ngadu xde ...

Ni kes arwah ke?? Takkan takde duit camtu sekali.
Quote jas7512 15-2-2022 08:55 PM
Belibis replied at 15-2-2022 08:53 PM
Ni kes arwah ke?? Takkan takde duit camtu sekali.

Baca kat benang dia meninggal..ada forumer yg ss dr facebook dia
Quote orkidorkido 16-2-2022 02:13 AM
Mygod, i duk nampak-nampak lagi wajah dia yang muda tu. Kenapa dia nampak tua sangat dalam gambar ni? Memang sakit ke? Semoga damai di sana.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.046221 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top