Perang dingin di antara India dan China masih lagi belum reda, perbalahan di antara tentera kedua-dua negara di sempadan Himalaya menyebabkan india mengambil langkah drastik untuk mengharamkan beberapa aplikasi dari pembangunan China atas alasan mengelakkan intipan dari negara China dan menyebabkan komponen peranti sukar memasuki sempadan. Menurut laporan dari Amanz, senarai aplikasi dari China yang diharamkan meningkat sebanyak 54 aplikasi dan antara yang terkesan adalah permainan video telefon pintar terkenal iaitu Free Fire. Ini agak aneh kerana aplikasi permainan video itu dibangunkan dari Singapura dan bukan dari China. Free Fire sekarang ini diharamkan sekali dengan aplikasi lain seperti TikTok, PUBG, Wechat, AliExpress, Arena of Valor dan banyak lagi aplikasi yang diharamkan oleh kerajaan India. Beberapa aplikasi lain yang diharamkan di India baru-baru ini antaranya adalah Astracraft, Badlanders, Barcode Scanner - QR Code Scan, Beauty Camera: Sweet Selfie HD, Conquer Online II, CuteU Pro, Dual Space, EVE Echoes, FancyU, Isoland 2, Lica Cam, MoonChat, Onmyoji, Rise of Kingdoms, Stick Fight, Viva Video Editor, dan Wink. Ada aplikasi di sini yang anda pernah guna di telefon pintar anda? -CARI |
ADVERTISEMENT