CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harith Iskander Bengang Insiden 2 Beradik Maut Makan Sisa Makanan Dari Tong Sampah

15-2-2022 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1649| Komen: 18

Pelakon, pelawak, dan pengacara Harith Iskander tampil bersuara mengenai insiden menyayat hati berhubung dua kanak-kanak yang maut selepas makan sisa makanan dari tong sampah di Langkawi, baru-baru ini.

 
Harith menerusi hantaran di Instagram mengakui berasa sangat sedih dan berang terhadap insiden yang berlaku.


Kredit foto: IG Harith

Dia tidak menolak terdapat sebahagian cerita tidak dilaporkan di media sehingga menyebabkan kematian dua kanak-kanak itu.

Di kesempatan itu, Harith menyeru orang ramai agar menjadi masyarakat yang lebih baik untuk melindungi kanak-kanak.




Menurut laporan Astro Awani, dua beradik warga Myanmar itu maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut, Langkawi pada 13 Februari.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kematian dua kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin,4, dan Ngei, 2, kira-kira 6.15 petang.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 15-2-2022 12:45 PM
salah bapaknya

rata2 masjid tmpt aku ada food bank, sekalipun kampung pnya masjid
byk belakan mknan ada, paknya tu mental ke apa, tak jaga kebajikan anak sndiri?
Quote Samerosie 15-2-2022 12:59 PM
Abis nak buat camne Harith.  Cakap je la sad semua org pun sad, nak salahkan siapa kalau parents yg tak guna?  
Quote epuepy 15-2-2022 01:11 PM
Apak dia taik dadah. Sbb tu x heran anak dia makan sampah. Btw, org kampung pn selalu bagi makanan kat arwah bdk2 tu. Tp yelah, dah bapak pn x pedulik anak.
Quote Artemesiaa 15-2-2022 01:18 PM
Zaman sekarang ramai yang susah jadi dah makin kurang nak ambil tahu pasal orang lain.  Sebab mereka sendiri pun tengah struggle dengan kehidupan mereka sendiri.  Jadi tak elok kalau nak tunjuk jari sana sini macam semua bersalah tak peduli.
Quote makadek 15-2-2022 01:19 PM
Mula dahhhh ko jga la bg mereka membiak dgn jayanya
Quote monreyes 15-2-2022 01:27 PM
.sbb dah mati..blh lah sembang..kwn baik kau yg sah2 sakit bertahun pun kau x g jumpa..
Quote exclusive_vvip 15-2-2022 01:29 PM
monreyes replied at 15-2-2022 01:27 PM
.sbb dah mati..blh lah sembang..kwn baik kau yg sah2 sakit bertahun pun kau x g jumpa..

kannnnn…time dah meninggal baru karang appreciation post berjela..
Quote Skuau 15-2-2022 01:33 PM
harith..x msk forum ka???...Sini ada info la..jiran selalu jer bg makanan kt drng...Bdk punk pon pernah mkn sampah,orng gila pon ada mkn sampah..tak terui meninggal pon...ada la 'benda lain' tu...tunggu la pihak bertanggungjawab kuarkan kenyataan rasmi...apa da....
Quote prettyuglybabe 15-2-2022 02:09 PM
marah la mak bapak budak tu..
pandai membiak, pandai la jaga anak..
Quote ifanonline 15-2-2022 02:12 PM
kuat sembang la harith
Quote noor2 15-2-2022 02:13 PM
Ni semua salah kerajaan yg benarkan rohingya menetap kat bukit Malut...
Quote helicornia 15-2-2022 03:16 PM
harith ni nak mencapub pun baca la abis2 kisah ni
org kg yg bagi makan bdk2 ni. ko pikir org sekeliling tu sume tak berguna ke
nape ko tak kutip je sume anak myamar kat malaysia ni n bela
Quote krustykrab 15-2-2022 03:22 PM
Apa tindakan ko botak?
Takkn setakat bersuara tunding jari kt org lain je?
Quote Decaffeinated 15-2-2022 04:13 PM
Samerosie replied at 15-2-2022 12:59 PM
Abis nak buat camne Harith.  Cakap je la sad semua org pun sad, nak salahkan siapa kalau parents yg  ...

He's doing his job as a public figure tukang kompang. Tak semestinya dia ada solution but that's good enough for me. Thanks Harith.




Quote Lily_Elizabeth_ 15-2-2022 04:30 PM
krustykrab replied at 15-2-2022 03:22 PM
Apa tindakan ko botak?
Takkn setakat bersuara tunding jari kt org lain je?

Kan ????

Bercakap je seumpama microphone.
Apa tindakan dia selain hanya bercakap...

I pun boleh.
See, I pun sedang bercakap. Hehe.
Quote monreyes 15-2-2022 04:35 PM
exclusive_vvip replied at 15-2-2022 01:29 PM
kannnnn…time dah meninggal baru karang appreciation post berjela..

tu lah....
sama je dgn arwah tu xde duit nak mkn..
Quote musangbodoh 15-2-2022 04:57 PM
noor2 replied at 15-2-2022 02:13 PM
Ni semua salah kerajaan yg benarkan rohingya menetap kat bukit Malut...

rasenye si harith nie x penah p situ kot...
Quote ultra78 15-2-2022 11:18 PM
Sudah keluar ke laporan kematian sebab apa? Termakan racun ke?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.053359 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top