CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Finalis Miss England Kini Berlatih Ambil Lesen Pemandu Lori 44 Tan

15-2-2022 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1236| Komen: 9

Bekas finalis pertandingan ratu cantik Miss England 2018 dilaporkan kini giat berlatih untuk menjadi pemandu lori.

Milly Everatt dari Eastoft, Lincolnshire mengambil keputusan itu berikutan krisis kekurangan pemandu lori yang berlaku di United Kingdom (UK).


Kredit foto: Daily Mail

Lapor Daily Mail, Everatt yang juga anak petani bekerja keras ke arah mencipta kerjaya baharu untuk menangkis streotaip dalam industri tradisional yang didominasi golongan lelaki.  

Everatt ketika ini berlatih untuk kategori lesen pemandu kenderaan barangan berat (HGV) kelas 1 dan 2 yang mungkin menyaksikan model berusia 22 tahun itu bakal memandu lori membawa muatan seberat 44 tan.


Sebelum ini, Everatt sudah biasa memandu traktor di sekitar ladang milik bapanya.

Malah, beliau percaya langkah diambilnya akan membawa perubahan besar dalam industri logistik.


Kredit foto: Daily Mail

Selain Miss England, Everatt yang juga bekas Miss Lincolnshire itu pernah dinobatkan sebagai Miss Charity pada pertandingan ratu cantik 2018 selepas berjaya mengumpul wang paling banyak bagi tujuan kebajikan.  

Selepas empat tahun, Everatt kini berusaha untuk menjadi pemandu lori bagi membuktikan ‘bukan lelaki sahaja’ yang mampu mengendalikan kenderaan berat.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 15-2-2022 02:05 PM
Wah makin ramai jelitawan ceburi bidang ni sekarang
Quote nw111 15-2-2022 02:27 PM
Wow..mulianya... sanggup jadi drebar lori dr jadi retis..
Quote Skuau 15-2-2022 02:28 PM
awat dia x jual produk timbang kilo cam kt Msia ni???
Quote fealefea 15-2-2022 02:39 PM
berhati waja la dia. take challenge utk menangani isu negara. Miss yang befungsi kat Malaysia ni tak ramai. Lepas pertandingan tak ke mane. Deborah Henry je yg ada misi yg betul2 die perjuangkan,
Quote Jitu 15-2-2022 03:02 PM
tak takut ke kerja mcm ni
Quote darkness 15-2-2022 03:13 PM
Good job miss
Quote musangbodoh 15-2-2022 04:54 PM
pilot darat wehh
Quote Dwdrum 15-2-2022 05:05 PM
Ramai wanita begini cari publicity indirectly seperti minta di stereotype tunjuk perempuan naturally lembik...
Quote dani-rox 15-2-2022 11:02 PM
Bukan benda baru wanita berkecimpung dlm karier yg didominasi oleh org lelaki, ingat Rosie the Riveter tu kempen syok sendirik ke dulu?
Agaknya sbb minah ni bekas ratu cantek, maka dianggap sbg newsworthy lah kan.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.032671 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top