Ibu Sajat mengakui yang dia tidak akan sesekali memujuk anaknya itu untuk pulang ke Malaysia. Maimon Omar, 66, dia lebih rela Sajat kekal berada di sana sebab risau bakal berdepan tindakan undang-undang seandainya dia pulang ke Malaysia.
"Tak... memang saya tak pujuk dia balik. Saya tahu risiko dia. Saya tak nak pujuk, biar dia buat (urus) sendiri hal dia. "Saya tengok rezeki dia lagi melimpah ruah daripada dia kat Malaysia. Maju betul dia kat sana, saya betul-betul bangga dengan dia," katanya kepada mStar.
Selepas Sajat lari ke Australia, banglo tersebut didiami oleh ibu bapanya bersama dua orang lagi anak angkatnya. "Kami kerap berhubung, rasa macam dia ada kat sini saja. Apa-apa pun dia cerita, apa dia nak buat dia beritahu... minta restu dan doa. "Apa sahaja saya reda. Apa yang jadi dekat rumah dia, orang buat apa pun saya reda. Itu sahaja jalan terbaik. "Kita tak nak burukkan sesiapa. Buat sajalah apa yang kau rasa nak buat. Apabila kau buat, Allah akan datangkan rezeki." Maimom juga tidak mahu terlalu memikirkan kecam orang ramai. "Saya tak kisah, apa mereka kata... lantaklah. Tapi saya tahu apa dia (Sajat) buat tu untuk kebaikan diri dia. "Kita jangan pedulikan orang, pedulikan diri kita saja. Orang nak kata apa pun kata la. Tak kisah... yang kita tahu sekarang ni buat benda yang betul.
|
asfaz replied at 15-2-2022 12:55 PM
Okayla makcik. Tpi nanti kalau anak makcik nazak/dah meninggal , jangan pulak rayu nak kebumi kat si ...
laksmanabentan replied at 15-2-2022 01:11 PM
nanti nak mandikan camna nih??
binggung weeeyy...
akuHavocczz replied at 15-2-2022 12:20 PM
i just harap mak dia cuma bangga dengan harta kekayaan anak nya sajelah, jangan lah pulak rasa bangg ...
ADVERTISEMENT