Oleh : Izzah Abbasy
Mesti pelik dengan nama kuih seperti "buah yang tiada pokok". Kuih "buah yang tiada pokok" ini adalah Kuih Bahulu. Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kuih tradisonal ini.
Kredit Foto : veronteokitchen.blogspot.com
Orang-orang tua dahulu menamakan sebegitu kerana perkataan bahulu dahulunya dikenali sebagai "buah lu". Sudah tentu, setiap buah ada pokok, maka Kuih Bahulu sahajalah yang tiada pokok. Kini, masyarakat mengenalinya sebagai Kuih Bahulu. Pelbagai bentuk dan saiz telah divariasikan secara kreatif dan menarik oleh pakar pembuatannya. Tetapi, rasanya masih tetap sama.
Kredit Foto : sgbakegirl.wordpress.com
Kuih Bahulu biasanya dimakan ketika minum petang dan dijamu kepada jiran tetangga yang bertandang ke rumah. Kuih Bahulu ini juga sangat sesuai dihidangkan semasa hari raya. Ia sedap dimakan ketika masih panas kerana rasanya yang rangup dan manis menambahkan lagi selera. Kuih tradisi ini harus diperkenalkan dan diperturunkan resepi kepada generasi muda agar tradisi kita tidak terhapus begitu sahaja. - CARI Infonet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|