|
Isu penyertaan individu yang tidak berbakat dalam mana-mana program pertandingan anjuran stesen penyiaran bukan lagi perkara baharu dalam industri seni. Pihak itu didakwa hanya mengejar 'rating' berbanding mencari individu berbakat yang boleh menjadi pelapis kepada anak seni sedia ada. Memetik Berita Harian, setiap kali program pencarian bakat ditayangkan, ada saja peserta yang turut bertanding atas alasan individu berkenaan berpotensi tular dan menjadi bahan perdebatan di semua platform media sosial. Sebelum ini, setiap pertandingan yang dianjurkan itu adalah bertujuan mencari bakat baharu namun tujuan program seumpama itu sudah berubah apabila bakat entah sudah menjadi nombor berapa selepas eleman rupa, drama dan potensi tular diutamakan.
Sekiranya sikap memualkan ini diteruskan, industri muzik pasti akan musnah. Sehubungan itu, Presiden Konsortium Persatuan Industri Muzik Malaysia (IRAMA) mendesak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) supaya menilai kembali penerbitan program realiti yang tidak memberikan keuntungan kepada industri seni. Presiden IRAMA, Ayob Abd Majid berkata, dia mewakili semua penggiat seni tanah air berharap KMMM segera menghentikan sebuah program yang sedang disiarkan di sebuah stesen televisyen (TV). Katanya, tindakan itu diambil selepas mengambil kira sikap stesen TV yang dilihat aktif menerbitkan program hiburan memalukan. Dia kecewa apabila stesen TV berkenaan didakwa tidak menjalankan objektif utama menjadikan program berkenaan sebagai medan mencari penyanyi berbakat. "Apakah stesen TV ini terdesak memiliki 'rating' tinggi hingga sanggup menerbitkan program yang sangat memualkan. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini menjadikan program yang dimaksudkan bukan meraih publisiti, sebaliknya, suatu tindakan yang sangat bodoh dan memalukan negara. "Pentas yang sepatutnya menjadi medan beradu bakat untuk mencari yang terbaik daripada yang terbaik bertukar menjadi pentas sampah," dakwa Ayob.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.090599 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.