Seorang pelancong Thailand yang merakam gambarnya duduk di atas terumbu karang boleh didenda sehingga satu juta baht (RM128,741) dan penjara 10 tahun.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Wisutr Rattanasathian memuat naik gambar tersebut dalam akaun Facebook kelmarin yang menunjukkan dia duduk atas terumbu karang yang dilindungi di Koh Khram Noi di wilayah Trat, timur Thailand. Perkongsian gambar itu menyebabkan Jabatan Marin dan Terumbu Karang membuat laporan polis. Jurucakap jabatan tersebut, Wutthipong Wongin memaklumkan, Wisutr bakal didakwa merosakkan spesies terancam dan jika didapati bersalah boleh didenda sehingga sejuta baht dan penjara 10 tahun.
Dalam pada itu, pelancong berusia 45 tahun sudah menyerah diri ke balai polis. Wisutr memaklumkan dia tidak mempunyai niat untuk merosakkan terumbu karang tersebut dan memberitahu gambar itu dirakam pada tahun lalu. Sumber: Utusan
|
shernazz replied at 15-2-2022 12:41 PM
Gila
Sentuh pung tak boleh kan?
Dia boleh duduk plak.posing atas tu
eyansss replied at 15-2-2022 01:22 PM
aah... tak boleh... terumbu ni lambat gilos nak membesar tapi sangat fragile... ada kes, dahan ...
shernazz replied at 15-2-2022 01:44 PM
Alahai kesiannya
Ada terumbu tu amek.masa beribu tahun nak jadi cam pokok kan..
Mmg.kena.jaga la
eyansss: aah... tak boleh... terumbu ni lambat gilos nak membesar tapi sangat fragile... ada kes, dahan terpatah sikit je tapi terumbu tu mati keseluruhan.. ...
Decaffeinated replied at 15-2-2022 03:24 PM
beribu tahun?
ADVERTISEMENT