CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mudah Dapat Pasangan Kalau Lengkap Vaksinasi

15-2-2022 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1748| Komen: 20

Data terbaharu daripada aplikasi-aplikasi janji temu menunjukkan bahawa lelaki dan wanita yang mendedahkan telah menerima pelalian Covid-19 lebih cenderung untuk mendapat pasangan berbanding mereka yang menyembunyikan status vaksinasi, lapor akhbar Daily Mail semalam.


Aplikasi janji temu popular, Hinge mendedahkan bahawa orang bujang yang memaklumkan sudah lengkap divaksin pada profil peribadi, akan mendapat lebih 30 peratus padanan berbanding mereka yang merahsiakan butiran demikian.


Gambar hiasan

Aplikasi Plenty of Fish dengan lebih daripada empat juga pengguna juga mendedahkan perkara serupa. Sebanyak 37 peratus daripada orang bujang di Britain melihat vaksinasi sebagai daya tarikan untuk mencari pasangan.


Aplikasi OkCupid pula memberitahu, seramai satu juta penggunanya telah meletakkan lencana ‘Saya Divaksinasi’ pada profil mereka.

“Gambar anda memakai pelitup muka, topi atau cermin mata hitam tidak akan menunjukkan prestasi sebaik imej anda yang boleh dilihat dengan jelas," kata seorang jurulatih janji temu, Hayley Quinn.

“Begitu juga sikap terbuka tentang status vaksinasi yang dilihat mendapat makluman positif. Anda akan dianggap sedar terhadap tanggungjawab sosial. Bagaimanapun, rata-rata warga Britain akan merasa kekok untuk bertanya pasangan temu janji mereka sama ada sudah divaksin atau tidak," jelas Quinn.

Tambah Quinn, status vaksinasi adalah perkara yang kurang ditanya kerana orang ramai mungkin bimbang mempunyai perbezaan pendapat.

Laman web tersebut termasuk Tinder telah bekerjasama dengan kerajaan Britain menjelang sambutan Hari Kekasih untuk menggalakkan golongan muda mendapatkan vaksin.

Kira-kira 40 peratus golongan muda layak divaksin yang berusia 18 hingga 34 tahun di Britain masih belum tampil untuk mendapatkan dos penggalak mereka. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manzilla 15-2-2022 11:59 AM
Aku percaya yang berlaku ialah sebaliknya.
Quote kyrana 15-2-2022 12:04 PM
manzilla replied at 15-2-2022 11:59 AM
Aku percaya yang berlaku ialah sebaliknya.

Bakal menantu aku nanti kena cek darah dulu

Bebas beksin lagi dialu2kan.
Quote Artemesiaa 15-2-2022 01:56 PM
manzilla replied at 15-2-2022 11:59 AM
Aku percaya yang berlaku ialah sebaliknya.

Iols pun dengar yang berlaku ialah sebaliknya.  
Quote bebah 15-2-2022 02:17 PM
What the heck
Quote Skuau 15-2-2022 02:27 PM
manzilla replied at 15-2-2022 11:59 AM
Aku percaya yang berlaku ialah sebaliknya.

awat hang x mai kt benang atira wat tu???
Quote jahcomel 15-2-2022 02:57 PM
Skuau replied at 15-2-2022 02:27 PM
awat hang x mai kt benang atira wat tu???

mereka sdg mnunggu tuuuuu
Quote jahcomel 15-2-2022 02:58 PM
manzilla replied at 15-2-2022 11:59 AM
Aku percaya yang berlaku ialah sebaliknya.

kan...kalu beksin kn leh mandul...
Quote Decaffeinated 15-2-2022 03:20 PM
antivax cari lah antivax tak lah nanti dah atas katil pun bergaduh benda yang sama dalam forum.

simple kan?

Quote musangbodoh 15-2-2022 05:14 PM
kyrana replied at 15-2-2022 12:04 PM
Bakal menantu aku nanti kena cek darah dulu

Bebas beksin lagi dialu2kan.

hiv test done

kolesterol tinggi ok x??
Quote kyrana 15-2-2022 06:25 PM
musangbodoh replied at 15-2-2022 05:14 PM
hiv test done

kolesterol tinggi ok x??

kolestrol tinggi boleh ubatkan..makan habatussauda.

beksin pekat susah nak detox...kata pengamal bekam.
Quote primarikey 15-2-2022 06:32 PM
Ye la tu
Quote primarikey 15-2-2022 06:32 PM
Decaffeinated replied at 15-2-2022 03:20 PM
antivax cari lah antivax tak lah nanti dah atas katil pun bergaduh benda yang sama dalam forum.

sim ...

Ye betul
Quote Kitty_catz 15-2-2022 06:37 PM
apo yg ko merepek ni jang??
Quote manzilla 15-2-2022 06:43 PM
Skuau replied at 15-2-2022 02:27 PM
awat hang x mai kt benang atira wat tu???

Bukan level aku melayan hamburan propaganda. Sepertimana orang yang menghamburkannya tidak berminat dengan "penjelasan" pihak lawan, seperti itulah juga aku tidak berminat untuk melayan "fakta-fakta-yang-telah-diluluskan" yang berhamburan dari folder skemanya.
Quote manzilla 15-2-2022 07:04 PM
jahcomel replied at 15-2-2022 02:57 PM
mereka sdg mnunggu tuuuuu

Kalau anda mahu berlawan dengan orang yang percaya gurunya maksum dan kata-katanya merupakan hujah yang muktamad, aku boleh bagi satu panduan, cari video skandal gurunya, sebarkannya, dan ketawakannya beramai-ramai.
Quote kakikuDibibirmu 15-2-2022 08:41 PM
@aechae tersenyum sinis
Quote aechae 16-2-2022 07:32 AM
kakikuDibibirmu replied at 15-2-2022 08:41 PM
@aechae tersenyum sinis

Syukur dpt pasangan triple dos vaksin
Quote insulin 22-2-2022 09:02 PM
aechae replied at 16-2-2022 07:32 AM
Syukur dpt pasangan triple dos vaksin

sis dah kahwin?
Quote Hizert 23-2-2022 09:45 AM
aik, lain dari yang aku tahu...sebaliknya.

punya gigih cepernis

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.284958 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top