CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amerul Affendi 'Seram' Ketika Menari Tarian Mak Yong

15-2-2022 12:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4169| Komen: 29|Original author: tatod

Description: Nama pelakon Amerul Affendi, 36, pastinya tidak asing lagi dalam kalangan penggiat seni tanah air. Apatah lagi kualiti lakonan yang ditonjolkan melayakkan dia memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki T ...


Nama pelakon Amerul Affendi, 36, pastinya tidak asing lagi dalam kalangan penggiat seni tanah air. Apatah lagi kualiti lakonan yang ditonjolkan melayakkan dia memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN pada 2019.

Berlakon dalam pelbagai genre karya tayangan di televisyen mahu pun pawagam menyebabkan aktor ini juga berpeluang melakonkan banyak watak. 

Bagaimanapun, karakternya sebagai Mat Yam dalam filem Polis Evo berjaya membuka mata lebih ramai penggemar naskhah tempatan.



Menerusi Twitter, Amerul berkongsi semula sedutan babak telefilem lakonannya berjudul Hantu Mok Joh. Pelakon itu mengatakan, adegan ketika menari tarian Mak Yong membuatkan dia rasa 'seram'.

Oleh kerana drama tari Mak Yong dikaitkan dengan unsur ritual, ada yang bertanya kepada Amerul kemungkinan pelakon itu mengalami gangguan mistik ketika melakonkan babak berkenaan.



Pun begitu, kata Amerul, dia gementar kerana tidak pernah melakonkan watak itu apatah lagi menari tarian tradisional berkenaan.

"Nervous sebab tak pernah menari Mak Yong. Naik ketar kepala lutut," jawabnya.




Amerul Affendi 'Seram' Ketika Menari Tarian Mak Yong

Ditayangkan pada 17 Februari ini, peminat pelakon ini sudah tidak sabar menonton lakonan Amerul. Masing-masing memuji kebolehannya dalam menjayakan sesebuah watak. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bondeh 15-2-2022 01:59 PM
Aiyooo tarian makyong nih teringat plak meolls kejadian kat UiTM Lendu 12 tahun lalu huhuuu
Quote xtinkerbellx 15-2-2022 03:36 PM
Tak sabar nak tengokk
Quote dudaberhias 15-2-2022 05:13 PM
tarian mak yong memang ada unsur2 memuja dan sembah guru kan... ke iolsss salah...
tak silap ni tarian paling awal pra islam selepas menora yang kena pakai kecopong tu...

tapi mujur heshe bagitau seram jah takde la nak kata kena rasuk ke sampuk macam gimik pelakon2 lain yang dah outdated tu... dan2 jerr nak kena sampuk time berlakon filem... waktu tengah duk terkang2 depan tv takde plak kena sampuk...
Quote NekNgah 17-2-2022 10:23 AM
bondeh replied at 15-2-2022 01:59 PM
Aiyooo tarian makyong nih teringat plak meolls kejadian kat UiTM Lendu 12 tahun lalu huhuuu

Ceritalah apa kejadian tu?
Quote becir 17-2-2022 11:18 AM
sampai sudah i mengharap fazzy and amerul boleh gabung buat rom com...tinggal harapan jela fazzy pun dah bertudung..
Quote indenial 17-2-2022 11:35 AM
bondeh replied at 15-2-2022 01:59 PM
Aiyooo tarian makyong nih teringat plak meolls kejadian kat UiTM Lendu 12 tahun lalu huhuuu

Apa lagi cerita lah sambil2 OT sikit


Btw dia ni semua watak dia berjaya bawa dengan cemerlang ya. Berbakat
Quote mizruncing 17-2-2022 11:57 AM
meols penah tgk real tarian ni masa kat muzium penang dulu. ada tayang video menari mak yong ni. dgn tempat yg gelap n sunyi. scary gak laa dgn mekap gitu
Quote bondeh 17-2-2022 01:05 PM
NekNgah replied at 17-2-2022 10:23 AM
Ceritalah apa kejadian tu?

Dengar cerita ada budak kena rasuk (aiyoo auto meremang plak bulu roma i ahaks). Masatu i kat UiTM perak, cerita meluas sampai ke seluruh UITM. Katanya kat dewan uitm lendu tuh ada student tengah praktis makyong, tak silap ada persembahan kebudayaan kot. Masatu fb tak over mencanak share2. I dgn member2 dapat gambar ada budak selfie lepas habis praktis makyong, kat belakang dia ada sebijik wanita berpakaian makyong versi Thai kuku panjang. Penampakan wanita tuh berdiri di celah2 pagar masa budak tuh selfie, siap dengan tangan macam tengah menari cam si Merul nih. Masatu famous gak edit2 super impose, malam tuh i mesej cousin kat UiTM lendu apa cerita, dia cakap ok je cuma masjid announce jangan keluar kolej duduk dalam bilik baca yassin, jangan keluar malam. Huhu dengarnya betul kisah tuh. Ada memuja ke apa masa praktis tuh. Terover mungkin..
Quote bondeh 17-2-2022 01:11 PM
indenial replied at 17-2-2022 11:35 AM
Apa lagi cerita lah sambil2 OT sikit



Ok sambung sini. Kisahnya ada budak kena histeria lepas ada praktis makyong kat dewan, pastu salah sorang budak selfie lepas habis praktis, kat belakang dia belah luar pagar ada penampakan wanita berpakaian makyong sambil lenggok cam tengah menari, pakaian lebih cam wanita Thai siap kuku panjang. Lagipun jaman2 i belajar, uitm lendu melaka antara uitm paling angker, siap ada lakonan semula kejadian2 aneh.


Sorry over OT. Tapi i suka merul watak apa2 pun sebab semua menjadi. Watak lelaki korporat anak orka je dia belum dapat
Quote beatgirlX 17-2-2022 01:26 PM
May Yong ngan Kuda Kepang serta Ulek Mayang...
Ni antara yg selalu org cakap mistik dan kalau terlalu asyik mmg akan ada yg kena histeria
Quote Mopiko 17-2-2022 01:30 PM
dia ni best berlakon...tolonglah director cari pelakon yang talented macam ni.rupa paras tolak tepi je dari ambil handsome tapi kayu buat apa... lagi pun realitinya orang yg tak berapa kacak lebih ramai dari yg kacak
Quote bottombikini 17-2-2022 03:21 PM
Edited by bottombikini at 17-2-2022 03:23 PM

amerul pulakkk menari mak yong
aritu baru je layan drama namron belakon jadi che pa penari hadrah
pehni nak tunggu beto jadi penari ape pulak


memang gred A la puak2 ni
Quote sarah_ary2 17-2-2022 03:28 PM
Mopiko replied at 17-2-2022 01:30 PM
dia ni best berlakon...tolonglah director cari pelakon yang talented macam ni.rupa paras tolak tepi  ...

Dekat tiktok ramai jah gegurl puji Amerul ni handsome jenis Melayu gitu ala ala Beto.
Quote QueenIsolde 17-2-2022 08:02 PM
Tu belum menora, klu hat tu lagi serammm.
Quote NekNgah 17-2-2022 08:12 PM
bondeh replied at 17-2-2022 01:11 PM
Ok sambung sini. Kisahnya ada budak kena histeria lepas ada praktis makyong kat dewan, pastu salah ...

Ngah dulu ITM Manjung, sebelum kampus pindah.  Kampus lama tu memang selalu histeria, tempat jin bertendang.  

Kampus baru tak tahu pulak kalau ada lagi kes histeria
Quote NekNgah 17-2-2022 08:16 PM
Mopiko replied at 17-2-2022 01:30 PM
dia ni best berlakon...tolonglah director cari pelakon yang talented macam ni.rupa paras tolak tepi  ...

Amerul ni manis, sedap mata memandang.  

Melayu asli, jangan dibandingkan dengan matsaleh atau Turkey, Korea, Hindustan semua tu.

Sesuai aje Amerul jadi hero sebab pandai berlakon dan dia membawa wajah Melayu untuk drama/filem Melayu.
Quote mamasaffiya 17-2-2022 08:54 PM
Ameerul, Beto ngan Zahiril Adzim.
My fav actor
Quote Nenasketum 17-2-2022 08:59 PM
Talented gilerrr dia ni, aku suka bebenao kalau dia berlakon. Makyong memang berhantu. Aku pernah ada collegue bangsa Thai Kelantan, bapak dia penari Makyung kebangsaan, memang dia kata ada unsur macam tu.  
Quote shahirakay 17-2-2022 10:21 PM
NekNgah replied at 17-2-2022 08:12 PM
Ngah dulu ITM Manjung, sebelum kampus pindah.  Kampus lama tu memang selalu histeria, tempat jin b ...

sebagai alumni seri islandar 2003-2006 ai olls sahkan tak banyak kes histeria.. tapi ai olls & roomate pernah alami peristiwa scary. katil ai kena gegor. roomate pulak masa tu pi tandas beramai-ramai. tandas yang kawan i A masuk, sebelum si A ni masuk si B ada nampak lembaga warna kelabu masuk dalam tandas yang sama. Dia nampak kot cermin, masa tengah gosok gigi. Sekian laporan dan maaf OT pulekkkkkk..

Untuk tidak OT, ai olls memang suka merul ni belakon. Malaysia ni tu la satu hal.. tak macam indon. Indon meraikan bakat. Kita kat malaysia no bakat nan hado.. Meraikan rupa paras dan populariti semata-mata padahal kayu kayan

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.055409 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top