Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menghadiahkan sebuah motosikal kepada seorang wanita sebagai ganti selepas kenderaan miliknya dicuri pada hari pertama dia bekerja sebagai pemandu teksi motosikal (ojek).
Wahyu Novi Arini yang berasal dari Gogor, Jawa Timur kehilangan motosikalnya pada Khamis lalu ketika sedang bekerja. Motosikal model Honda Beat itu dikirimkan oleh Jokowi melalui Ketua Polis Surabaya, Akhmad Yusep Gunawan. "Alhamdulillah, Masya-Allah, terima kasih Pak Jokowi, terima kasih ketua polis," kata Novi.
Novi dan suaminya akan menggunakan motosikal baharu itu untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga kecil mereka. Sementara itu, Akhmad Yusep Gunawan berkata kedatangannya adalah atas mandat Jokowi. "Terima kasih Presiden atas keprihatinan kepada warga Surabaya. Semoga bantuan ini bermanfaat untuk keluarga ini," kata Yusep. Selain hadiah berupa sebuah motosikal, Jokowi turut mengirimkan wang tunai buat keluarga wanita tersebut. -CARI Sumber: mStar/ Kompas.tv |
Decaffeinated replied at 15-2-2022 02:10 PM
Rakyat Indonesia ada banyak color tapi cuma satu bangsa dan tiada kasta. Respek.
Skuau replied at 15-2-2022 02:30 PM
boleh buat 'cara indon ni' kt Msia...agaknya???
ADVERTISEMENT