CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beradik Itu Selalu Dapat Sumbangan Sampai Tak Larat Makan - Penduduk

15-2-2022 07:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3091| Komen: 21

Faktor kemiskinan dikatakan bukan punca dua kanak-kanak warga Myanmar yang maut pada Ahad memakan sisa makanan daripada tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut, Langkawi.


Peniaga kedai makan berhampiran kawasan itu yang mahu dikenali sebagai Paksu Kassim mendakwa, kedua-dua kanak-kanak itu tidak menghadapi masalah mendapatkan makanan.


Gambar hiasan & AWANI

"Ayah mereka kerja sebagai pengawal keselamatan dan tukang memperbaiki bot.. dia juga tangkap ketam... kadang-kadang dia tinggal anak-anak di rumah jiran-jiran untuk jaga.

"Dapat hasil tu dia bagilah anak-anak dia makan... tapi kita (penduduk kampung) pun kesian juga kita pun tolong. Kita bagi sumbangan yang kita mampu.

"Kadang-kadang saya bagi beras, bagi susu, sini saya berniaga roti canai... kadang saya bagi kuih-kuih, roti canai. Orang lain pun ada bagi makan... sampai budak tu pun tak larat makan. 
Mereka cukup makan badan pun sihat," dakwanya ketika ditemui Astro AWANI di kawasan itu semalam.

Media sebelum ini melaporkan, dua beradik warga Myanmar maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di kampung berkenaan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis menerima laporan berhubung kematian dua kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan Ngei, 2, kira-kira 6.15 petang.

"Siasatan awal mendapati, pada 5.30 petang bapa mangsa yang berumur 36 tahun ternampak dua anaknya berada di kawasan tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum mengangkat kedua-dua mangsa ke rumah jiran berdekatan," katanya.

Sementara itu, hari ini, Shariman dilapor berkata, lelaki terbabit ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut. 


Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 15-2-2022 09:02 AM
bapaknya ditahan positif dadah kan? dia bagi anak makan dadah ke?
Quote Samerosie 15-2-2022 09:07 AM
News semalam katanya bapaknya jumpa anak2 dia jalan terhuyung hayang from the garbage place and mulut berbuih.  Come to think about it mcm fishy je.  This was 4 and 2 yrs old we are talking about.
Quote noor2 15-2-2022 09:11 AM
Warga rohingya di bukit Malut...
Entah2 bapaknya bg anak makan dadah
Quote Skuau 15-2-2022 09:16 AM
hahaha...Msian..mudah menerima...benda2 sayu ni..walau kesahihan sesuatu perkara tu... belum pasti lg....sb tu la Msian selalu jer 'kena'.
Quote buapakperut 15-2-2022 09:18 AM
Dah Ada makanan kenapa makan sampah
Quote TomyamPuteh 15-2-2022 10:02 AM
Yg ni pun salah kerajaan jgk ke?
Quote Dwdrum 15-2-2022 10:10 AM
Kenapa perlu biar budak main sampah at 1st place..tidak kisah lah if bukan anak sendiri...
Quote Adrif 15-2-2022 10:33 AM
still.. apa laporan forensik? keracunan apa?
suspicious
Quote Skuau 15-2-2022 10:36 AM
Dwdrum replied at 15-2-2022 10:10 AM
Kenapa perlu biar budak main sampah at 1st place..tidak kisah lah if bukan anak sendiri...

ko tegur..sekali dia tunjuk jari tgh...
Quote namemysoul 15-2-2022 10:37 AM
Dadah sembunyi dlm tong sampah...???
Quote ChemicalRomance 15-2-2022 10:39 AM
Takde ke kemungkinan bapaknya yang racun budak2 tu hmm
Quote chinta89 15-2-2022 10:47 AM
ak tahan dlu tgn dari nk komen semalam sb aku rasa takkan la lapar sgt duk bukit malut tu... takkan la lapar x de makanan dan ehsan dari jiran2. sb rasa mcm sesuatu je.
nk tgu siasatan seterusnya baru nk komen.
Quote white_musk 15-2-2022 10:53 AM
Jikalau akak lah kan.... akak akan sumbangkan ilmu bermain gitar akak yang hebat kepada adik adik ini...
Quote Dwdrum 15-2-2022 12:50 PM
Skuau replied at 14-2-2022 06:36 PM
ko tegur..sekali dia tunjuk jari tgh...

Nasib baik bukan aku reporter.... Nampak akan fight... Nanti reporter lain cover story aku pula... Apa punya bengap
Quote nw111 15-2-2022 02:59 PM
Bunyi mcm kejam...tapi aku rasa elok lah bdk2 ni meninggal masa kecik..sah2 dh jadi ahli syurga sekarang..kalau pjg umur...bakal jadi makian acik2 porem dan warga internet sbb mintak sedekah merata2..
Quote krustykrab 15-2-2022 03:03 PM
nw111 replied at 15-2-2022 02:59 PM
Bunyi mcm kejam...tapi aku rasa elok lah bdk2 ni meninggal masa kecik..sah2 dh jadi ahli syurga seka ...

Jadi mcm longtiger
Quote Suchi 15-2-2022 03:09 PM
2 tahun tu kecik lagi ada budak tak putus susu ibu pun lagi. Masih nak mengempeng walau maknya dah tak larat nak hadap.

Tp budak ni dah ngutip makanan kat tong sampah.
Mak pun tah kemana2 heran juga anak kecik lg mak dia tinggalkan juga selalu mak2 ni susah nak pisah ngan anak2.
Quote darkness 15-2-2022 03:12 PM
Dah kemana suara "kesian deh" tu ar ?
Quote Timortimur 15-2-2022 03:24 PM
Dah jadi satu citer plk org2 kg nak jaga.bapak ada taik dadah plk.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.045958 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top