CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Polis Cedera Diparang Lelaki Sakit Mental

14-2-2022 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1658| Komen: 11

Empat polis termasuk dua pegawai berpangkat Inspektor cedera di kepala dan beberapa bahagian anggota badan akibat ditetak dengan parang serta kerambit oleh seorang lelaki sakit mental selain turut dipercayai berada di bawah pengaruh dadah di Kampung Sedar di sini pada Sabtu lalu.


Kejadian amukan oleh suspek yang berusia berusia 36 tahun itu berlaku pada jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, kesemua mangsa berusia 30-an dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.



Polis juga menerima maklumat di bilik Gerakan IPD Tumpat daripada orang awam memberitahu seorang lelaki mengamuk di sebuah rumah tanpa nombor di belakang tangki air di Kampung Sedar di sini.


“Anggota polis daripada Balai Polis Tumpat dan BSJ IPD Tumpat ke tempat kejadian untuk membuat tangkapan segera.

“Semasa proses tangkapan, suspek yang bersenjata parang dan kerambit itu bertindak agresif hingga berlaku pergelutan menyebabkan dua Inspektor, seorang Koperal dan seorang Lans Koperal mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Balai Wakaf Bharu Tumpat antara Sub Inspektor Abd Halim Shafai dan Sarjan Mejar Mohd Sakri Abdul Ghani di Balai Wakaf Bharu, di sini, pada Isnin.

Menurut Mohd Azmir, akibat kejadian itu, seorang Inspektor mengalami luka calar dianggarkan sepanjang 10 sentimeter (cm) di belakang badan manakala seorang lagi Inspektor luka di lengan sepanjang kira-kira lima cm dan menerima lapan jahitan.

“Seorang anggota yang berpangkat Koperal pula mengalami luka di kepala sepanjang kira-kira sembilan cm dan seorang Lans Koperal luka di tangan sepanjang dua cm.

“Kesemua mereka dihantar ke hospital untuk rawatan manakala suspek berjaya ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Ujar beliau, ujian urin terhadap pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental itu mendapati dia positif dadah jenis metamphetamine dan semakan rekod lampau suspek terbabit dengan kesalahan curi kenderaan mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan.

“Sebilah parang dianggarkan berukuran 59 sentimeter dan sebilah kerambit berukuran tujuh cm dirampas untuk siasatan.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bermula Ahad hingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.


Sumber: Sinar Harian



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 14-2-2022 05:43 PM
Risiko handle orang mengamuk tak pasal2 boleh cedera sama
Quote clarizsa 14-2-2022 05:44 PM
Sakit mental pastu mendadah
Camna tu
Quote Skuau 14-2-2022 05:55 PM
clarizsa replied at 14-2-2022 05:44 PM
Sakit mental pastu mendadah
Camna tu

dia silap tu....udah la  mental...amik dadah..lg..kan dadah tu dh semacam..'booster' sakit mental dia tu...
Quote clarizsa 14-2-2022 06:00 PM
Skuau replied at 14-2-2022 05:55 PM
dia silap tu....udah la  mental...amik dadah..lg..kan dadah tu dh semacam..'booster' sakit mental  ...

Pastu nanti mesti dia terlepas hukuman kan atas alasan sakit mental
Pastu ulang2 amuk cederakan org lagi

:Facepalm:
Quote hareeeesah 14-2-2022 07:44 PM
Pemegang kad oku tu sebab apa? Elok la polis tu okukan betul-betul biar xbleh buat hal lg kan senang..
Quote Decaffeinated 14-2-2022 08:16 PM
Seperti biasa kekecewaan detected sebab pelaku OKU mental tak dapat nak get even. Dah nama pun dia gila kita yang tak gila ni lah kena bertindak waras.
Quote ulamalu 14-2-2022 08:20 PM
Kesian polis, cedera bukan dgn hardcore penjenayah.  GWS.  Tapi dah mengamuk mcm tu dgn parang kerambit bagai, tembak je lah kat kaki ke.  Self-defense kot.
Quote Skuau 14-2-2022 09:48 PM
Edited by Skuau at 14-2-2022 09:49 PM

Andai keluarga terdekat dia prihatin...depa boleh antar dia ke spital..tuk cuba elakkan benda camni berlaku....depa ni...cam bom jangka...yg tetiba jer meletup...sib baik negara kita xde penganas2..camtu..kang dijadikan orng camni..pengebom berani mati..kan naya( bnyk sgt nengok citer omputeh)
Quote Jitu 14-2-2022 09:54 PM
bahaya mcm ni kenapa tak tembak je
Quote Gomea 15-2-2022 12:18 PM
Ramai je penagih dadah yang ade kad oku. Sebab penagih2 ni dulu dihantar buat rawatan kat klinik dadah hospital kerajaan. Klinik dadah tu bawah unit psikiatri. Setiap bulan kena ambik ubat.
Quote KamikuP 15-2-2022 02:47 PM
Knp tak tembak kasi mamposs kan senang citer

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.122803 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top