Shima Anuar dilihat jarang berkongsi gambarnya bersama suami dan disebabkan itu ada pula yang buat spekulasi bukan-bukan.
Katanya Shima malu ada suami tua. "Kenapa Shima tak selalu kongsi gambar husband? Adakah sebab husband tua daripada Shima?" tulis individu tersebut. Tak nak berdiam diri, Shima yang berkahwin dengan ahli perniagaan Mohd Solih Toha, 54, menjelaskan tiada keperluan untuk dia berkongsi foto suaminya di media sosial. "Untuk menjawab soalan itu, saya tak nampak kepentingan untuk saya selalu update hal peribadi di sosial media untuk promote suami saya. "Beritahu saya, untuk apa? Sebagai seorang isteri, saya bahagia dan bangga ada suami macam dia. Tapi bagi saya, semua itu tak perlu selalu sangat ditunjuk satu dunia."
|
kiah_mai_pulak replied at 14-2-2022 03:26 PM
mmg kepamm pun lakinya.. mcm homeless, ptut lah bini jual laksam
ADVERTISEMENT