Ada satu laporan mengatakan yang Kiev menggunakan dana dari hasil sumbangan awam atau "crowdfunding" dengan menggunakan mata wang Bitcoin untuk membiayai peperangan yang mungkin akan berlaku tidak lama lagi di antara negara Ukraine dan negara Rusia. Menurut laporan, sumbangan yang berjumlah beribu-ribu dollar itu dimasukkan ke dalam akaun kumpulan sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO). NGO dan kumpulan sukarelawan tersebut kecewa dengan gejala rasuah yang berleluasa dalam agensi-agensi kerajaan yang telah bertindak sendiri untuk membiayai senjata api dan bekalan ubatan kepada ketenteraan Ukraine. Difahamkan, dana itu juga boleh digunakan untuk membangunkan aplikasi pengecaman wajah yang boleh mengenal pasti jika di antara mereka adalah pengintip dari Rusia. Penderma menggunakan mata wang Bitcoin untuk menyalurkan dana kepada NGO bagi memintas mana-mana bank yang mungkin menyekat pembayaran tersebut.
Lebih-lebih lagi, mereka telah menerima dana berjumlah melebihi ASD570,000 (RM 2.3 Juta) dengan sebahagian besarnya dilakukan pada tahun lepas. Antara pertubuhan yang mendapat sumbangan seperti Come Back Alive, sebuah kumpulan yang menyediakan latihan ketenteraan dan peralatan perubatan. -CARI |
ADVERTISEMENT