|
Seorang wanita berusia 31 tahun diserang secara kasar sehingga menyebabkan rambutnya tertanggal dari kulit kepala.
Susulan serangan berbaur perkauman itu, pihak polis mengedarkan gambar lelaki yang dipercayai suspek serangan tersebut. Kejadian berlaku di luar stesen kereta api East Croydon di selatan London. Menurut polis, mangsa sedang turun dari bas Route 119 semasa serangan tersebut. Lelaki tersebut menarik rambut mangsa dan memukul belakang kepalanya sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.
Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian wajah. Konstabel Detektif Becky Hughes menggesa orang ramai yang berada di lokasi kejadian atau mengecam wajah penyerang untuk tampil kehadapan. “Keutamaan kami untuk melindungi jenayah keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak,” katanya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.299126 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.