CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pedih Dengar Komen Juri, Peminat 'Cucuk' Iqbal Saman Ajai

14-2-2022 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4257| Komen: 23

Tersingkir pada minggu kedua program nyanyian Big Stage 2022, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkefli mengakui kecewa kerana tidak dapat meneruskan saingan dalam pertandingan nyanyian itu.


Menerima keputusan juri dengan hati terbuka, Iqbal, 28, berkata dia meletakkan harapan untuk kekal berada dalam program tersebut dan melakukan yang terbaik semasa persembahannya itu.


Foto: mStar

"Sejujurnya sedikit kecewa tersingkir... saya ada letak harapan nak kekal dan teruskan menyertai program ini. Saya pun sedang belajar dan baru nak panas, rasa selesa bekerjasama dengan semua orang termasuk peserta lain yang sebaya dengan saya, kami baru nak rapat.


"Tapi nampaknya tak ada rezeki untuk saya teruskan, saya pun sedar mungkin akan tersingkir sebab tu saya buat yang terbaik di konsert minggu kedua.

"Secara keseluruhannya saya bangga dengan diri sendiri, saya melangkah berani dan semua orang di dewan beri sorakan meraikan saya.

"Alhamdulillah ramai dah mula suka dan nampak semangat saya, mereka puji kata saya berjiwa kental dan merendah diri. Memang ramai yang mesej beri kata semangat," katanya kepada mStar.

Pada konsert minggu kedua, Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan mendapat markah tercorot iaitu 9.2 peratus sekaligus gagal meneruskan perjuangan.

Menurut juri tetap iaitu Ajai, nyanyian Iqbal kedengaran berterabur selain tidak dikurniakan bakat sebagai seorang penyanyi.

"Kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian... straight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan.

"Awak tak dilahirkan sebagai penyanyi... ada rezeki lain. Allah maha adil, dia berikan rezeki lain-lain. Mula-mula saya beri lima tapi nyanyian belakang terabur. Awak pun tahu, tempo terabur," komen Ajai.

Mengulas mengenai komen pedas juri itu, Iqbal mengakui tidak terasa hati dengan kritikan berkenaan, namun menegaskan sama sekali enggan berhenti mengejar cita-cita sebagai penyanyi.

"Saya tak sentap, okay sahaja, menerima dengan hati terbuka dan serap semua komen yang diberi oleh orang yang lebih lama dan berpengalaman dalam industri.

"Walaupun ada penyokong saya marah di laman sosial dan minta saya saman Ajai kerana komen begitu tapi saya terima daripada sudut positif sahaja. Meskipun pedih tapi saya kena reda dengan komen yang diberikan juri.

"Walau apa pun kata Ajai, itu tak bermakna saya akan berhenti, kata-kata itu tidak akan membuatkan saya putus asa atau berhenti daripada menyanyi. Saya bukan nak jadi hebat cuma saya berminat untuk belajar lebih lagi mengenai muzik dan mahu jadi seorang penghibur.

"Saya tak mahu pertikaikan komen juri itu tapi sejujurnya saya tak boleh berhenti menyanyi, kata-kata itu sama sekali tidak menutup minat saya. Saya akan tetap teruskan minat ini. Kalau boleh saya nak galakkan semua orang belajar vokal bukan semata-mata untuk jadi penyanyi tapi kerana ilmu dan minat," ujarnya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 14-2-2022 03:10 PM
Ajai pun tak de bakat dlm nyanyian.. tp sheshuai pulak jadi penyanyi ye. Baik la komen shuruh shi iqbal ni belajar teknik menyanyi kalo nak shangat jadi penyanyi. Ni shebab ajai yg komen ye

Kalau tokti komen i tanda setuju.
Quote makadek 14-2-2022 03:38 PM
De peminat ke kebal neh
Quote nakkomenjugak 14-2-2022 07:06 PM
Dah kenapa netijen toxic sangat cucuk2 botox si kebal dan shemakin sherashi?
benda no big deal kottttt
bukan boleh dibuat judgement time kiamat
Quote azimodin 14-2-2022 08:02 PM
Minami2013: Ajai pun tak de bakat dlm nyan ...


Tapi meouls suka je suara ajai.  Lebih sedap kalau nak dibandingkan dengan beby pian & alif syukri
Quote September14 14-2-2022 08:05 PM
Mmg komen mcmtula yg kita nk dgr kan selama ni utk ikbal… netizens kkdg2 fake lah dlm hati duk mngutuk2 tp bila juri dah suarakn korg cucuk2 lak….
Quote dudaberhias 14-2-2022 08:10 PM
Takdenya saman menyaman, sah2 la astro bawak dia masuk tu salah satu cara nak naikkan rating lepastu komen ajai tu pun dah di plan oleh astro. Ingat senang2 orang nak komen macamtu kat ponen bottom muka kucing maine coon ni. Lagi2 skandal anak ikan si sponsor plak tu untuk servis che pot pamoga bersawang.
Quote TomyamPuteh 14-2-2022 08:29 PM
Antara Tok Vida, Alif Shukri dengan Iqbal, aku rela tadah telinga dkt Iqbal lagi. Suara dia boleh aku terima lagi la.
Quote uori 14-2-2022 08:33 PM
shaman, jangan tak shaman
Quote BanyuBiru 14-2-2022 08:53 PM
Dari komen Ajai tu macamla Iqbal pi bayaq astro nak masuk bigstage nih!
Quote sukacactus 14-2-2022 09:05 PM
Udah2 la
Ni semua permainan viral & rating sj
Quote yusuke22 14-2-2022 10:28 PM
kebal ni bella cumi2 2.0... konfiden thp langit ke 7....
Quote intan244 14-2-2022 11:56 PM
iols pun suka nyanyi, tp karaoke jelah. kdg pergi dgn junior pon ambik bilik asing2x sbb xnk tunggu turn haha. paling rekod karok berdua 9jam zaman muda2x masa byk stamina lagi. kalau sorg, 6jam all night, pagi subuh baru balik. loqlaq sgt insaf dah
Quote olezzeli17 15-2-2022 12:24 AM
Tak.. kalau dh bizi nk jd penghibur, celah bedah mananya nk urus bisnes?? Kata usahawan..
Quote sleepandream 15-2-2022 12:58 AM
btw astro taknak ke jemput ziana zain or fauziah latip jadi juri jemputan...
alip aziz aina abdul tu semua mcm muda sgt... kalau rancangan ceria popstar boleh la kot
Quote naina 15-2-2022 01:06 AM
Iqbal nyanyi dengan air muka tershengeh2 dan koshtum dia tu kelakar lah. Macam budak2 shekolah perform. SHuara dia ok cume takda tone. Pitching mami Mash Idayu lari habishh.
Quote naina 15-2-2022 01:07 AM
Keshian ko Iqbal. Macam diperbodohkan Astro je. Ko tu shedar tak dijadikan content Astro je untuk naikkan rating
Quote akuHavocczz 15-2-2022 08:37 AM
tah tah bayaran si iqbal ni astro bagi lagi tinggi dari hadiah juara, tu yang tanpa fikir panjang heols join
Quote laksmanabentan 15-2-2022 08:45 AM
nanti iqbal keluarkan modal buat lagi dengan ajai okayy...
mampu ker ajai menolak kalau duit depan mata... huhuhuhu...

nantikan lagi terbaru Iqbal & Ajai
perhhhh pasti meletop laaa..
hahahhaa...
Quote missmeornot 15-2-2022 09:50 AM
dudaberhias replied at 14-2-2022 08:10 PM
Takdenya saman menyaman, sah2 la astro bawak dia masuk tu salah satu cara nak naikkan rating lepastu ...

kak duda kesian main coon kena pitnah. main coon even muka garang tetap comelll

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.057146 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top