CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azan Subuh Didakwa Tak Tepat, Jangan Ragu Waktu Solat Ditetapkan Lewat 8 Minit

14-2-2022 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2913| Komen: 24

Putrajaya: Umat Islam di negara ini khususnya di Lembah Klang tidak perlu berasa was-was dengan waktu azan Subuh yang dilambatkan selama lapan minit sejak akhir 2019 lalu.


Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya berkata, kelewatan tersebut turut dipersetujui oleh panel Muzakarah Kebangasaan bagi Hal Ehwal Islam.

“Justeru, masyarakat Islam tidak perlu ragu untuk beramal dengan jadual waktu solat yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti di negeri-negeri khususnya waktu Subuh,” jelas agensi itu lagi.

Azan Subuh Didakwa Tak Tepat, Jangan Ragu Waktu Solat Ditetapkan Lewat 8 Minit


Ia merujuk maklumat tular melalui wadah media sosial berkaitan waktu azan Subuh yang didakwa kononnya tidak tepat apabila dianjak lapan minit lewat berbanding jadual sebelum ini.

Keadaan itu mengakibatkan ada yang menunaikan solat fardu Subuh lebih awal sebelum azan berkumandang kerana masih menganggap masa ditetapkan Jabatan Mufti negeri adalah salah.

Untuk rekod, waktu solat pernah dilambatkan 30 minit pada 1 Januari 1982 apabila kerajaan menyelaraskan masa Semenanjung yang diseragamkan dengan Sabah dan Sarawak.

Situasi ini menyebabkan kekeliruan apabila waktu azan Subuh misalnya di Kuala Lumpur pada tarikh berkenaan yang sepatutnya ialah pukul 5.25 pagi telah berubah kepada 5.55 pagi.

Penyeragaman yang dikenali sebagai Waktu Standard Malaysia itu turut menyaksikan masa berbuka puasa di Semenanjung Malaysia bukan lagi sekitar 6 petang tetapi anjak 7 petang.

Mengulas lanjut, Jabatan Mufti Negeri Selangor berkata, kajian semakan semula penentuan waktu Subuh dijalankan sejak 2008 dengan mengguna pakai pelbagai peralatan dan kaedah.

“Kajian rasmi secara sistematik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama para penyelidik dari pelbagai institusi pengajian tinggi dibuat dari 2018 sehingga 2019,” katanya.

Langkah itu bagi mendapatkan data-data kecerahan langit secara saintifik sebelum dibentang dalam beberapa siri muzakarah falak dihadiri ramai pakar daripada pelbagai latar belakang.

Malaysia, ujar jabatan itu, sebelum akhir 2019, mengguna pakai sudut kedudukan matahari 20 darjah di bawah ufuk berbanding negara-negara lain yang sudah pun menetapkan 18 darjah.

Akhirnya, hasil kajian itu dimuktamadkan muzakarah fatwa dengan Jakim bertindak sebagai urus setia dan bersetuju parameter condong diubah kepada 18 darjah atau lambat lapan minit.

Selangor muncul sebagai negeri pertama di Malaysia melaksanakan perubahan waktu azan Subuh pada 29 November 2019 lalu setelah mendapatkan perkenan daripada Sultan Selangor.

Pertukaran tersebut yang diumumkan sehari sebelum itu, pada mulanya mencetuskan tanda tanya apabila stesen penyiaran tempatan menyiarkan azan Subuh yang lebih awal lapan minit.

Bagaimanapun, semua operator radio dan televisyen yang berpusat di Kuala Lumpur kemudian mengubah waktu azan itu setelah mendapat makluman rasmi Jakim pada bulan berikutnya.

Pertukaran itu turut melibatkan waktu imsak dilewatkan lapan minit berbanding jadual lama, namun tidak pula membabitkan waktu syuruk atau terbit matahari yang kekal masih lagi sama.

“Sehubungan itu, umat Islam dinasihatkan agar lebih baik mengelakkan diri daripada cuba menularkan sebarang maklumat yang tidak sahih sehingga meresahkan masyarakat,” katanya. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HannahMuntanah 14-2-2022 02:50 PM
Zaman skrg ni ada lagi ek org tunggu Azan?
Buang je lah smart phone kalu sendiri x braper nk smart! Set la timer .. guna app sengal!
Quote orkid_amani 14-2-2022 03:31 PM
Ank aq bangun pagi p sekolah lepas habis Azan subuh..hahaha
Nak biasakan dia solat subuh..lepas mandi ambik wuduk solat terus
Lagipun rumah aq mmg clear dengaq Azan. Kalau xdak Azan tu mmg pelik..lagi2 waktu zohor hari Jumaat.
Kena tunggu husband balik solat jumaat baru solat zohor
Quote krustykrab 14-2-2022 04:27 PM
HannahMuntanah replied at 14-2-2022 02:50 PM
Zaman skrg ni ada lagi ek org tunggu Azan?
Buang je lah smart phone kalu sendiri x braper nk smart! ...

Ada la sis...mcm org2 tua yg tak pakai semak phone, itu je la sumber diorg...
Dan yg ada semakphone tp takde data, yg ada phone nokia 3310 je
Quote hungryhenry 14-2-2022 04:33 PM
Kalau takde waktu seragam malaysia, maghrib pukul 6, subuh jam 4.30. Sunrise jam 6. Banyak masa sebelum ke ofis.
Quote Suchi 14-2-2022 04:37 PM
Subuh mmg ikut azan sbb waktu dh dilewatkan katanya taktau smapai bila nak taknak mmg tunggu azan laa. Tidak solat je kul 6.30.
Tp skrg subuh lambat yakmat kul 6.20 baru dengar azan.
Budak2 yg g sekolah awal tu kena solat kat sekolah la subuh. Yela yg tunggu van ngn bas tu biasanya kena awal tunggu.
Quote star_karat 14-2-2022 04:55 PM
Apasal nak seragam kan time ngan serawak sabah, berapa punya jauh langkah. Suka2 pulak tak ikut
matahari punya exact timbul tenggelam.
Quote Artemesiaa 14-2-2022 05:39 PM
Sekarang ni azan dari surau pun dah makin kurang kedengaran jadi pandai2 ler tengok jam kalau nak tahu bila masuk waktu
Quote green~tea 14-2-2022 05:50 PM
Artemesiaa replied at 14-2-2022 05:39 PM
Sekarang ni azan dari surau pun dah makin kurang kedengaran jadi pandai2 ler tengok jam kalau nak ta ...

I notice kat area rumah i pun sama... sayup sgt2 kadang2 tak dengar.. dulu rasa cam clear jugak
Quote mbhcsf 14-2-2022 06:06 PM
sekarang ni surau dekat rumah i paling ramai pun less than 10 jemaah.

tapi ikutlah tiem JAKIM tu , depa kan ada ahli falak sendiri...
Quote stinger987 14-2-2022 06:19 PM
mbhcsf replied at 14-2-2022 06:06 PM
sekarang ni surau dekat rumah i paling ramai pun less than 10 jemaah.

tapi ikutlah tiem JAKIM tu ,  ...

Ko dikalangan less than 10 jemaah iteww atau dari kalangan  sekitar penduduk surau yg berpotensi dilaknat TUHAN kerna tak mengimarahkhrun surau/semejid berdekatan?
Quote stinger987 14-2-2022 06:21 PM
green~tea replied at 14-2-2022 05:50 PM
I notice kat area rumah i pun sama... sayup sgt2 kadang2 tak dengar.. dulu rasa cam clear jugak


Suara azan sampai berdentum ke ear drum ko sekalipun tapi malas nak mampos datangi surau...apa jadahnya?

Quote stinger987 14-2-2022 06:24 PM
HannahMuntanah replied at 14-2-2022 02:50 PM
Zaman skrg ni ada lagi ek org tunggu Azan?
Buang je lah smart phone kalu sendiri x braper nk smart! ...

Fungsi masjid surau sekarang hanya utk bergemakheun azan aja...tang nak penuhkheunnya ...kena tunggu solat jumaat, dua raya dan terawih...during bulan ramadhan....





Waktu lain...biar malaikat malaikat aja yg penuhkhen ..


Kahkahjahkah
Quote ultra78 14-2-2022 06:26 PM
star_karat replied at 14-2-2022 04:55 PM
Apasal nak seragam kan time ngan serawak sabah, berapa punya jauh langkah. Suka2 pulak tak ikut
mat ...

Semenanjung Malaysia ni sejam lebih cepat daripada waktu sebenar. Menyusahkan orang sebab 1 jam sudah 'hilang' setiap pagi. Budak sekolah kena keluar rumah waktu gelap gelita. Yang pergi kerja pula kena keluar awal elak jam disebabkan tempoh waktu travelling pendek.

timezone.jpg

Quote vespa_oren 14-2-2022 07:01 PM
hungryhenry replied at 14-2-2022 04:33 PM
Kalau takde waktu seragam malaysia, maghrib pukul 6, subuh jam 4.30. Sunrise jam 6. Banyak masa sebe ...

aku gie kerja bru azan subuh kt radio
bila balik semenanjug, rasa mcm rileks2 jer
santai betul hidup
Quote vespa_oren 14-2-2022 07:02 PM
ultra78 replied at 14-2-2022 06:26 PM
Semenanjung Malaysia ni sejam lebih cepat daripada waktu sebenar. Menyusahkan orang sebab 1 jam su ...

aku yg dok sabah ini rasa mcm waktu siang pendek betul kt sini
mcm nk riadah petang pun kejap dh gelap
Quote tripleid 14-2-2022 07:03 PM
Edited by tripleid at 14-2-2022 07:07 PM

Sptutnya waktu standard smnanjung msia +7GMT je mcm siam,indon tu..nk sgt seragam dgn sabah/swak tu smpai ummah smenanjung tiap2 hari rugi masa sejam seumur hidup
Quote mzitdy 14-2-2022 07:30 PM
vespa_oren replied at 14-2-2022 07:02 PM
aku yg dok sabah ini rasa mcm waktu siang pendek betul kt sini
mcm nk riadah petang pun kejap dh g ...

Sama la. Kalau outstation kat sabah tu lepas waktu subuh ingatkan nk pergi kerja da tp awal lagi. Haha. Balik kerja da sibuk nk masuk maghrib nak2 kalau jem kat KK. Layan sunset dlm kereta je.
Quote scarflicious 14-2-2022 07:41 PM
vespa_oren replied at 14-2-2022 07:02 PM
aku yg dok sabah ini rasa mcm waktu siang pendek betul kt sini
mcm nk riadah petang pun kejap dh g ...

Betul... Tapi mungkin blh beriadah waktu pagi.. Haha...
Quote mejaputih 14-2-2022 08:08 PM
ultra78 replied at 14-2-2022 06:26 PM
Semenanjung Malaysia ni sejam lebih cepat daripada waktu sebenar. Menyusahkan orang sebab 1 jam su ...

Tq for this info. Iols br tahu. Rupanya kita mengharungi kehidupan awal sejam dari sepatutnya huhu.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.212290 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top