CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Hirau Bunyi Hon, 2 Lelaki Maut Leka Berswafoto Atas Landasan Kereta Api

14-2-2022 02:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 905| Komen: 2

Dua lelaki maut, manakala seorang kritikal selepas dilanggar ketika sedang mengambil swafoto (selfie) di landasan kereta api di daerah Medinipur, di Bengal Barat pada Ahad.


Ketika kejadian, sekumpulan lelaki termasuk mangsa Mithun Khan, 36, dan Abdul Gain, 32, ke lokasi berkenaan untuk berkelah.

Di kawasan Rangamati, di pinggir bandar Medinipur terdapat ruang untuk berkelah di tebing Sungai Kangsavati berhampiran jambatan landasan kereta api berkenaan.


Gambar hiasan

Menurut Indiatoday, Mithun dan Abdullah bersama beberapa kawan mula mengambil swafoto sepanjang landasan kereta api berkenaan.


Menurut saksi, kereta api tempatan dari Medinipur ke Howrah melalui landasan itu ketika mangsa sedang leka berswafoto.

Penduduk tempatan mendakwa, pemandu kereta api membunyikan hon berulang kali tetapi tidak diendahkan mereka.

Ketika dilanggar, mereka terjatuh jauh dari landasan kereta api. Dua daripada tiga individu berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

Selepas siasatan awal, Jurutera Kanan Bahagian Keretapi Biswajit Bala berkata:

"Semua orang dilarang memanjat bahagian landasan kereta api berkenaan. Namun di sebalik larangan itu, masih ramai yang mengambil swafoto sambil berbaring di atas landasan. Mereka tidak bergerak atau lari (ketika kereta api tiba), jadi kejadian seumpama ini berlaku".


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 14-2-2022 02:45 PM
'till selfie do us part'.
Quote Decaffeinated 14-2-2022 02:59 PM
Haprak punya news

Sudah tahun 2022 gambar pun gambar hiasan ja.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.090978 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top