|
Bantul: Seorang lelaki, Dwi Rahayu Saputro dari Srihardono sebelum ini pernah tular kerana sanggup menjual perabot dan atap rumahnya demi membelikan hadiah untuk kekasihnya.
Kini, pemuda berusia 25 tahun itu didakwa mengulangi kesilapan yang sama apabila sekali lagi menjual perabot rumahnya. Ibu Dwi, Paliyem memberitahu, anaknya mula membuat perangai lama selepas laporan polis yang dibuat terhadapnya pada 11 Januari lalu ditarik balik. Katanya, selang tiga hari selepas itu, pada 14 Januari, pemuda tersebut mula menjual perabot rumah mereka.
Antara yang dijual Dwi termasuk dapur gas pemberian Ketua Daerah Bantul, Abdul Halim Muslih, meja dan kerusi makan serta almari baju. “Apa yang menyedihkan saya, Dwi turut meminta saya menjual beras yang disumbang jabatan kebajikan atas alasan memerlukan duit. “Dia sanggup tampar muka saya dengan kasut kerana enggan mengikuti kemahuannya. Saya ini ibunya, kenapa dia lakukan begini pada saya? Luah Paliyem. Tidak tahan dengan sikap anaknya, Paliyem membuat laporan polis dan menegaskan tidak akan menarik balik laporan berkenaan seperti sebelum ini. “Saya tidak akan tarik balik laporan ini kerana sikapnya semakin melampau. Saya harap polis akan tangkap Dwi dan kekasihnya,” ujar wanita itu.-CARI Sumber: Utusan Online
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.629152 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.