|
Ini pengajaran untuk semua. Demikian kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengakui kesilapannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar pada Ahad.
"Saya hadir sebagai tetamu dan saya terima, memang ada kelemahan dalam pematuhan SOP tadi. Tapi, salah tetap salah. "Tiada siapa terkecuali daripada undang-undang, termasuk diri saya. Ini pengajaran untuk semua," ujarnya.
Dalam satu video, Hishammuddin berkata dia tidak tahu bahawa perkara tersebut akan berlaku. Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memuat naik satu ciapan di Twitter, mengarahkan kementeriannya mengeluarkan kompaun kepada Hishammuddin serta Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran. Selain itu, Khairy turut mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun pemimpin-pemimpin utama lain yang hadir serta penganjur. "Saya telah mengarahkan pegawai KKM untuk keluarkan kompaun kepada DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir dan penganjur di bawah Akta 342. "KKM Putrajaya akan terus pantau SOP sempena PRN Johor," tulis Khairy di Twitter. Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 9 Februari lalu menetapkan 12 Mac sebagai tarikh PRN Johor. SPR turut mengumumkan hari penamaan calon pada 26 Februari, manakala tarikh mengundi awal 8 Mac. Sumber: mStar
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.034047 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.