Seorang pengantin lelaki terpaksa menukar tatu pada tangan kerana majlis perkahwinannya terpaksa diubah selepas majlis yang dijadualkan berlangsung di hotel itu dibatalkan untuk dijadikan pusat perlindungan pelarian, lapor akhbar Daily Mail, semalam.
Michael Crane, 37 dan tunangnya, Linda Brown, 42 dari bandar Warrington, daerah Cheshire teruja untuk melangsungkan perkahwinan pada 5 Ogos akan datang. Pengantin lelaki itu sanggup melukis tatu pada belakang tangannya yang menunjukkan masa dan tarikh majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan perkataan ‘Always and forever’ juga dilukis di atasnya.
Bagaimanapun, mereka mendapat berita bahawa Hotel Best Western Park Hall di daerah Lancashire yang ditempah oleh mereka pada harga £4,000 (RM22,728) itu akan ditutup daripada menjadi lokasi majlis perkahwinan kepada pusat perlindungan pelarian. Pasangan itu adalah antara beribu-ribu pasangan yang terkesan dengan ketiadaan lokasi untuk menjalankan majlis perkahwinan. Polis turut menerima panggilan untuk mendapatkan keterangan daripada pasangan-pasangan yang mahu menuntut wang mereka kembali. Crane membayar £180 (RM1,022.76) untuk melukis tatu tersebut. Mereka berjaya mengatur majlis pada hari berikutnya di lokasi berlainan. Jadi dia terpaksa menukar tarikh pada tatu di tangannya daripada bernombor lima kepada enam. Tetapi masa perkahwinan tetap tidak tepat. Menurut Crane, keluarganya turut dijadualkan untuk menginap di hotel tersebut ketika majlis perkahwinannya berlangsung. Tetapi sekarang perkara tersebut dikatakan tidak akan berlaku. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT