CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ambil Pakej Mewah RM12 Ribu Seorang, Mas Khan 'Sponsor' Ibu Dengan Kawan-Kawan Tunai Umrah

14-2-2022 01:58 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4398| Komen: 27|Original author: Oleh: Saiful

Hebat sungguh Mas Khan dapat menaja ibu dengan dua kawan baik ibu menunaikan umrah.

Mas Khan kata dia cuma mahu melihat ibunya bahagia dapat melakukan ibadah tersebut bersama kawan karibnya.



Foto: IG

"Saya berkongsi bukan sebab nak terkenal tapi lebih kepada nak beri inspirasi kepada orang untuk lakukan seperti saya.

"Benda baik patut kita kongsi dengan orang lain... bukan dengan niat nak berlagak pun. Ibu saya pun memang dah lama teringin nak ke Makkah.

"Jadi, dia pun ajak dua orang kawan baik untuk buat umrah pada bulan puasa nanti. Tapi waktu itu pakej agak mahal. Kawan-kawan dia tak mampu nak pergi bulan puasa.


"Apabila ibu saya cerita, saya sebagai anak rasa kesian. Jadi apa salahnya saya bayarkan untuk kawan-kawan ibu sekali," katanya kepada mStar.



Rata-rata memuji pelakon ini yang tidak berkira dan sanggup membelanjakan duit demi kebahagiaan ibu.

Dia juga memilih pakej mewah untuk memudahkan urusan mereka bertiga.




"Mesti ramai pelik kenapa pula saya nak bayar. Tapi bagi saya, ia pahala untuk saya. Bukan senang nak dapat pahala macam ini.

"Saya minta ibu cari pakej menarik yang memudahkan urusan mereka untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah, dia dapat pakej dalam RM12,000 seorang."




Tambahnya, Apa yang saya lakukan adalah kebaikan. Saya rasa ini la cara untuk saya balas semula jasa ibu. Mungkin saya tak dapat balas daripada segi masa.



"Saya sibuk dengan kerja untuk cari rezeki. Jadi, ini la salah satu cara terbaik untuk balas jasa ibu. Saya rasa semua anak nak buat benda sama.

"Saya faham bukan semua orang berduit. Tapi jangan sesekali berkira dengan ibu bapa dan keluarga. kalau kita gembirakan ibu bapa, maka syurga la tempat kita." -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cari-Saiful 14-2-2022 03:25 PM

Hebat sungguh Mas Khan dapat menaja ibu dengan dua kawan baik ibu menunaikan umrah.

Mas Khan kata dia cuma mahu melihat ibunya bahagia dapat melakukan ibadah tersebut bersama kawan karibnya.
Quote telracs 14-2-2022 05:54 PM
Mas Khan who?

Maaf tak kenal, saya dah lama duk dalam gua...[em:11:]
Quote meteorspeed 14-2-2022 05:58 PM
Aku tak percaya kihkih
Quote akuchenta 14-2-2022 06:12 PM
Nak pancing sapa?
Quote ladybugz 14-2-2022 06:16 PM
jap, dia ada bisnes apa ye?
Quote winky1 14-2-2022 06:28 PM
Cari-Saiful replied at 14-2-2022 03:25 PM
Hebat sungguh Mas Khan dapat menaja ibu dengan dua kawan baik ibu menunaikan umrah.

Mas Khan kata  ...

I have a cousin brother yg every year before covid hantar org pi haji and umrah... Now dia dah 80plus..dia sendiri pi sekali je... Baguslah mcm tu
Quote nakkomenjugak 14-2-2022 07:17 PM
haaaa sebok iollll memikir duit siapaaaa
motipppp iol camtu ala2 acik ber IQ rendah??
tapi baguslahhhhh
aman2 sajorkkk
Quote Emilyyyyy 17-2-2022 11:10 AM
ladybugz replied at 14-2-2022 06:16 PM
jap, dia ada bisnes apa ye?

Forex mcm tu kalau saya tak silap.
Quote epal_putih 17-2-2022 11:13 AM
Huntongsssla
Mugo murah rezeki slaluu
Quote Orix 17-2-2022 11:21 AM
nmpak trying hard sgat nk show off.........
Quote slyfynx 17-2-2022 11:30 AM
"Saya berkongsi bukan sebab nak terkenal tapi lebih kepada nak beri inspirasi kepada orang untuk lakukan seperti saya.


"Benda baik patut kita kongsi dengan orang lain... bukan dengan niat nak berlagak pun. Ibu saya pun memang dah lama teringin nak ke Makkah.


Ye, kami sgt percaya
Quote airisa 17-2-2022 11:41 AM
12k tu pakej biasa laaaaa ...
Quote krustykrab 17-2-2022 11:43 AM
telracs replied at 14-2-2022 05:54 PM
Mas Khan who?

Maaf tak kenal, saya dah lama duk dalam gua...[em:11:]

Bakal suami anak pompuan arwah tokey naza
Quote krustykrab 17-2-2022 11:43 AM
Awat tak terus pi haji je kalau dh duit byk mcm tu
Quote watie79 17-2-2022 11:44 AM
apooo.....12 k sajoo ?? boss ai pakej 50 k laaa
Quote mizruncing 17-2-2022 11:53 AM
mak pon mentang anak belanja ambik pakej 12k terus
Quote Harley_Quinn 17-2-2022 11:56 AM
Yaaa beri inspirasi harus state harga.
So klo iols hati hitam ni mmg rsa dia nk menunjuk
Klo nk jdkan inspriasi, xperlu state harga.
MO sme jee mcm MLM nk trik org join under dia
Quote Kancilkering 17-2-2022 11:57 AM
kawan i pcr dia kantui
sebelum umrah….
x sampai ati tny dpt balik ke tidak duit
Quote cendawanbonyok 17-2-2022 02:40 PM
Emilyyyyy replied at 17-2-2022 11:10 AM
Forex mcm tu kalau saya tak silap.

kalau forex tu haram, hasil kaya forex buat bayar kos umrah .. hurmmm .. i bukan nak judge, seeloknya gunakan la dari sunber yg halala supaya ibadah berkat. tp bukan ke family mas khan ni have2 jugak, apaknya pun bawak porsche. apa la sgt nak tambangkan wife pegi umrah kan.. sbb bunyik kata maknya teringin pegi tu macam x penah pergi… tp ye la kann dia nak jadi anak yang baik..  laki i yg keje makan gaji suatu ketika dulu pun boleh bawak mak pegi umrah pakej sekali adik dgn pakcik. belum rezeki i nak pegi masa tu sbb baby masih kecik. macam x sesuai nak ikut. ada reEki tahun ni kami nak pegi anak beranak pulak ????

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.041192 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top