Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan anak bongsunya, Raif menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) hari ini.
Menerusi ciapan di Twitter, Khairy memaklumkan, anaknya itu selesai menerima suntikan dos pertama di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). “Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya Raif di WTCKL. “Rasa lega beliau dapat perlindungan dari Covid-19. Daftar anak anda untuk PICKids,” katanya.
Ciapan Khairy itu turut mendapat reaksi dari Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. “Alhamdulillah,” itu reaksi Noor Hisham ringkas. Sebelum ini, Khairy menutup mulut pengritik apabila mengesahkan sudah mendaftarkan anaknya yang berusia enam tahun itu untuk menerima suntikan vaksin pada 3 Januari lalu. Sumber: UTUSAN ONLINE |
makadek replied at 14-2-2022 02:20 PM
Membongakkkn misi buang vaksin tu
Korang perati laaaaa...dia buang ke bawah
Video pn byk cut ...kj ...
hashashes replied at 14-2-2022 02:57 PM
Aku rasa kesian kat kj sebenarnya. Kat Malaysia je yang menteri kena paksa ngan netz untuk tunjuk an ...
ADVERTISEMENT