CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mengaku Jiran Sebelum Curi Tangga

14-2-2022 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 862| Komen: 1

Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki meminjam tangga di sebuah rumah, tetapi mencurinya senyap-senyap, lapor laman berita Suara.com.


Video yang dimuat naik akaun Instagram bernama @Dailypontianak itu menunjukkan rakaman daripada sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah rumah.



Seorang lelaki berpakaian kemas dilihat masuk dan bertemu pemilik rumah tersebut dengan mengaku bahawa dia jiran baharu di kejiranan tersebut.

Kejadian dikatakan berlaku di Gg. Pisang, Jeruju, bandar Pontianak. 

Sehingga kini, tangga yang dipinjam itu masih belum dipulangkan dengan lelaki terbabit tidak ditemui walaupun dicari di serata kejiranan tersebut.

Rupa-rupanya, kejadian serupa pernah dialami penduduk lain di kawasan itu.

Rakaman tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen. 

“Perkara sama berlaku kepada saya, sampai sekarang tidak pernah dipulangkan," tulis seorang netizen.

“Ini bukan mencuri tapi menipu namanya," komen netizen lain.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 14-2-2022 02:14 PM
Adoi ler tangga pun nak curi

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.037263 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top