CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kajian- Cerai Dalam Tiga Tahun Kalau Belanja Kos Kahwin Mahal

14-2-2022 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1141| Komen: 10

Kajian mendapati pasangan yang membelanjakan berpuluh ribu ringgit untuk majlis perkahwinan mereka atau hanya menjemput segelintir rakan dan keluarga, berkemungkinan besar akan bercerai, lapor akhbar Daily Mail, semalam.


Penyelidik mendapati bahawa 10 peratus perkahwinan dengan kos lebih daripada £20,000 (RM113,640.10) akan hancur dalam tempoh tiga tahun.


Gambar hiasan

Peratusan tersebut adalah dua kali ganda daripada kadar keseluruhan perceraian iaitu pada lima peratus ketika itu.

Dalam pada itu, 34 peratus pasangan yang mempunyai kurang daripada 10 pada majlis perkahwinan mereka akhirnya akan bercerai dalam tempoh satu dekad, hampir dua kali ganda daripada kadar keseluruhan perceraian asal.


Penemuan itu didapati menerusi tinjauan yang dijalankan oleh badan pemikir pro-perkahwinan, Marriage Foundation.

“Data itu dirujuk daripada penyelidikan terdahulu dari Amerika Syarikat (AS) yang mencadangkan bahawa perkahiwan kos mahal boleh mendatangkan kesan buruk kerana risiko hutang,’’ kata pengarah penyelidik, Harry Benson.

Jumlah tetamu yang ramai adalah baik untuk suatu perkahwinan kerana menunjukkan pilihan yang komited oleh pasangan dan menolak pilihan lain.

Secara keseluruhan, kajian ini menyampaikan mesej bahawa kos untuk majlis perkahwinan tidak perlu terlalu mahal dan pasangan perlu meraikan hari bahagia mereka dengan menjemput seramai mungkin rakan dan ahli keluarga.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 14-2-2022 01:56 PM
Pilem P Ramlee pun ada nasihatkan pasal isu ni.  Katanya anak dah tiga hutang kawin dengan ceti pun belum habis bayar.  
Quote batmana 14-2-2022 02:04 PM
nabi sudah bitau lama 1,400  tahun lalu

dari ‘Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَعْظَمَ النِّكَاحِ بَرَكَةً أَيْسَرُهُ مَؤُونَةً

Maksudnya: Sesungguhnya, perkahwinan yang paling agung dan berkat adalah yang dipermudahkan perbelanjaannya.

Quote noor2 14-2-2022 02:06 PM
Dah x de duit buat la cara x de duit...bila berbelanja besar dari duit poket/ simpanan sendiri, lepas kawin tu yg gaduh nk cari duit...
Quote HannahMuntanah 14-2-2022 02:08 PM
Kat sini sbb byk jantan losers..bini pemalas. Main socmed guna filter cekap lah
Quote midori_katana 15-2-2022 12:45 PM
kalau kita bukan org ada-ada, tak payah kahwin ikut trend. kawin buat kenduri, sewa satu baju dah la. jurugambar pun suruh adik atau sepupu ja yg tangkap.. hihihi... sanggup ke? kalau sanggup insyaAllah bahagia.
Quote Kitty_catz 15-2-2022 01:17 PM
patot soklan jenih macam ni la sesawai utk spm oral tu

tanya apa akibat dari buat dream wedding korang yg mahai2 tu , korang ingat korang fefeiling kimeK ke acaner?
Quote pyropura 15-2-2022 01:20 PM
Belanja besau utk.buktikan kuasa beli Molayoo tinggi. Cina selet pun gigih buat bihun cap semejid kan?
Quote tagas 15-2-2022 05:36 PM
Edited by tagas at 15-2-2022 05:37 PM

Betina2 garih jer yg suka pelamin berfairy2 tale

mahal bagaih nih menyusahkan bakal somi

Sdg kan penghidupan lepas kawen tu lebih

penting perlukan financial yg cukup kalo

nak life heppiness happily eva afta
Quote sukacactus 15-2-2022 08:42 PM
Aku takde dream wedding sebab sedar dr golongan sederhana
So buat apa yg patut je la
Yg penting kenduri, lauk sedap
Quote ultra78 15-2-2022 08:46 PM
Belanja majlis kahwin mestilah besar. Barulah bila bergambar nampak cantik untuk dipost dalam instagram,fb & tiktok.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.036216 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top