CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesan Pemandu Tayang Gari Di Jalan Raya, Polis Ke Tu?

14-2-2022 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1752| Komen: 19

Polis sedang menyiasat penularan video memaparkan pemandu kereta menayangkan gari ketika melalui jalan raya di sekitar pusat bandar.

Video berdurasi lebih dua minit itu sudah ditonton 8,400 kali di Facebook setakat 3.50 petang ini dan dengan 174 komen netizen yang rata-rata meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan ke atas pemandu terbabit.


Kredit foto: Harian Metro

Pengguna Facebook (FB), Azrul Ismail menulis: "apalagi buat report lah, jangan ingat dia polis boleh berlagak tunjuk gari/pistol untuk takut kan orang, Ini samseng jalanan namanya, bawa kereta pun tak betul, tak hormat pengguna lain!!!"


Sementara itu, pengguna FB, Izham Nabil Anuar pula menulis, "kalau betul dia polis dia boleh kena tatatertib kerana tunjuk gari macam tu... kalau dia org awam... boleh je sesiapa pergi beli gari dekat pertama kompleks tu haha... tayang konon polis… kena tangkap pishang."

Seorang lagi pengguna FB, Ahmad Shamsi pula dalam ruangan komen itu menulis: "video ada, no plat ada, report terus. Dah kira satu ugutan tu."



Setakat ini masih belum dapat dipastikan identiti individu terbabit sama ada orang awam atau pegawai penguatkuasaan dan difahamkan polis Kuala Lumpur sedang dalam siasatan dan akan mengeluarkan kenyataan media nanti.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 14-2-2022 01:46 PM
Only in Malaysia
Quote nononcrux 14-2-2022 01:56 PM
eh geram ea nak tayang gari mcm tu.. musti bdk rempit jadi polis ni
Quote Artemesiaa 14-2-2022 01:59 PM
No plate dah ada tak lama pasti kena cekup
Quote prettyuglybabe 14-2-2022 02:03 PM
abis gengster la tu tayang gari macam tu..
zaman most kereta ada camcoder ni, tak payah tunjuk bodoh..
anyway, yang kereta camcoder pun sama je perangai..
tak payah acah ada camcoder kira kau sentiasa betul..
pada i dari jauh dah nampak memang kereta tu driver hanat..
bagi je la dia jalan dulu..
kau nak push cari gaduh buat apa..
kalau langgar, kau pun sama susah nak kena repair kereta..
Quote saviour_09 14-2-2022 02:57 PM
tu bukan kereta IO ke?
Quote I.K.A888990 14-2-2022 03:25 PM
org gila kuasa
Quote neo_5050 14-2-2022 04:21 PM
Memang pak polisi tu. Umur 42 tahun, Lans koperal IPD wangsa maju.
Quote bungarose 14-2-2022 04:36 PM
Teruknyer peel
Quote mikasa 14-2-2022 04:38 PM
neo_5050 replied at 14-2-2022 04:21 PM
Memang pak polisi tu. Umur 42 tahun, Lans koperal IPD wangsa maju.

Bila polis nak keluar kenyataan?
Quote Matyein 14-2-2022 05:19 PM
macam-macam dunia ne
Quote LoveSungmin 14-2-2022 05:20 PM
neo_5050 replied at 14-2-2022 04:21 PM
Memang pak polisi tu. Umur 42 tahun, Lans koperal IPD wangsa maju.

lans koperal je pun dah kekwat.. belum jadi ketua polis lagi tu
Quote mizzmimi 14-2-2022 05:36 PM
Apa punya perangailah.
Quote cheezel 14-2-2022 06:07 PM
Kereta yg merakam ni g provok kete persona tu kot
Quote shernazz 14-2-2022 06:44 PM
neo_5050 replied at 14-2-2022 04:21 PM
Memang pak polisi tu. Umur 42 tahun, Lans koperal IPD wangsa maju.

Lans koperal.je?
Dah.umo 42.plak tu...
Mereput.lah.kauuuu
Quote akuHavocczz 15-2-2022 09:36 AM
takkk kau bagi signal then masuk lah, apa hamak kena keluar gari nak masuk lane orang
Quote white_musk 15-2-2022 11:16 AM
Mungkin kopral itu ada sakit mental
Quote myakayina 15-2-2022 02:37 PM
bodohnya.. ingatkan pangkat besar..
Quote ONEK 17-2-2022 02:38 PM
lerrr..lans koperal polis je rupanya.1 calit je weiii....dia tak tau ke dlm kereta lain yg bawa rilex2 tu ada je Doktor Perubatan, ada Manager, Ada Pegawai Tadbir Diplomatik, ada Pegawai Tadbir yang pangkatnya jauh lebih tinggi ke atas.....ni mesti sakai nak attention tp kerja polis biasa je..pas tu masuk tik tok ckp acah abg kerja badan beruniform.."jaga-jaga kalau abg dah bertukar baju (tiktok)"....malunyerrr
Quote bulalof 17-2-2022 03:48 PM
apa kesudahannya?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.081492 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top