CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Beri Teh Dan Gula-Gula- Seminggu Pergi Bercuti Dengan Kekasih, Anak 3 Tahun Mati Kelaparan

14-2-2022 02:01 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2498| Komen: 24|Original author: Agent13k

Di Tokyo, Jepun, seorang ibu meninggalkan anaknya yang berumur 3 tahun berseorangan di rumah kerana ibunya mahu pergi bercuti dengan kekasihnya yang menyebabkan anaknya meninggal dunia akibat kelaparan dan dehidrasi.

kredit foto: VOI


Wanita itu dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun oleh mahkamah daerah Tokyo kerana didapati bersalah mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Petikan Suara Merdeka, kejadian itu berlaku pada tahun 2020 si tertuduh Saki Kakehashi 26 tahun itu meninggalkan anak perempuannya bersendirian di rumah selama seminggu untuk pergi bercuti bersama kekasihnya.

Difahamkan, Saki meninggalkan teh dan gula-gula untuk anak perempuannya, Noa di apartmen mereka di bandar Ota selama seminggu. 


Saki juga menyekat Noa di ruang tamu dengan sofa yang menghalang Noa ke pintu dapur bertujuan mengelakkan Noa daripada mencederakan diri sendiri dengan pisau atau barangan yang bahaya lain.

kredit foto: Asahi

Disangkakan yang anaknya akan baik-baik sahaja apabila ditinggalkan di rumah, tetapi apabila Saki kembali daripada percutian pada 13 jun 2020, Saki telah membuat panggilan kecemasan dan mengatakan anaknya Noa tidak bernafas. 

Tetapi Noa disahkan meninggal dunia akibat kelaparan dan dehidrasi serta Doktor mendapati ruam di bahagian punggungnya kerana lampin yang tidak ditukar sekian lama.

Ketika perbicaraan itu berlangsung, Pendakwa raya mendakwa Saki telah mencuba menyembunyikan fakta kes dengan menyapu ubat di tempat ruam anak perempuannya selain menukarkan lampin baharu sebelum Saki menghubungi panggilan kecemasan.-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ladybugz 14-2-2022 02:05 PM
ya Allah.. apa nak jd  ni. rasanya kerap dgr dekat jepun kes macam ni? knapa x nak bawak anak? sbb duit kah? i just could not understand? jantan kat jepun ni x suka budak2 kah? memaksa gf tinggal anak segala
Quote Artemesiaa 14-2-2022 02:07 PM
Budak 3 tahun apa diharap dari teh dan gula orang tua boleh ler
Quote Suchi 14-2-2022 02:10 PM
Apa yg dia fikir yaa?

Anak dia pakai lampin sendiri pun tak reti lagi pastu dia tinggalkan budak tu sorang2
Mak dia ni mcm ada masalah mental ke apa logiknya manusia waras takkan tinggalkan budak umur 3 tahun selama seminggu berseorangan.
Bagi gula2?Minum teh?

Budak tu duk sorang diri tak kira siang malam. Bila malam menjelma dia nangis je la nak buka lampu tak sampai.

Sblm ni dah penah ada kes gini sampai dibuat pilem kat jepun juga laa.
Quote d_anne04 14-2-2022 02:18 PM
memang mental mak budak ni...

kesiannya budak ni..dia x nangis ke? jiran sebelah x dengar ke? bukan ke kat jepun kalau bising sikit diorg akan terus report polis
Quote cmf_premierleag 14-2-2022 02:25 PM
kat slot sarangahe tv3 kul 11pm kan ada drama korea kan
akak tgk skip2 je..x folo sgt pun
tp penah tgk skali lalu k-drama tu, drama tajuk Mother.
ada aku nmpk scene mak dia nk pi kawen dgn jantan oppa korea....dia dah packing luggage bagai sbb nk gi wedding ni
and dia cium anak dia umur 5 tahun, keluar je rumah and selamba tarik luggage sbb nk gi kawen jantan baru
and budak tu stay sorang2 kt rumah ya.mak dia ckp lps 1 mggu baru mak dia blk
aku terus mcm terganggu sket emosi walau pun hanya drama je
sbb mmg culture diorg ke utk tinggalkan budak bwh 12 thn kat rumah sorang2???
sory lah..akak maybe kuno and x paham budaya korea jepun ni sbb akak bukan layan sgt pun k-drama k-pop ni sume.
tgk gitu2 jah.
Quote namr 14-2-2022 02:34 PM
Bodohnya..budak 3tahun ko tinggal..xreti apa pun budak tu la babi
Quote Jitu 14-2-2022 02:35 PM
mudahnya tinggal mcm tu je
ingat kucing ke
bodohnya
Quote Chrating 14-2-2022 02:40 PM
Sungguh tak faham, kucing pun siap orang hantar kat hotel kucing lagi, ni kan pulak anak sendiri umur 3 tahun.
Quote KamikuP 14-2-2022 02:45 PM
Noreennya mak mak jepun ni dah knp?
Quote cik_sssara 14-2-2022 02:47 PM
Jepun lagi.

Teringat kes yang jadi adaptasi Sunk Into the Womb.

Mak mental tak layak jadi manusia, sikit pun takde perasaan sayang kat anak
Quote annehuda 14-2-2022 02:49 PM
dalam artikel lain katenye dah bercerai. so mana pegi si bapak takkan seminggu tu takde terfikir nak call anak
Quote siasia 14-2-2022 02:57 PM
Aku gi ganu 3 hari je pun meow check in hotel. X gamak nak tinggalkan mereka. Kesiannya la tak suka baca berita mcm ni. Terbayang2 budak ni nangis sorg2, lapar.. Sampai akhirnya mati.  Teringat kat arwah adik firdaus tu
Quote I.K.A888990 14-2-2022 03:24 PM
bangang punya mak. demi seketul laki kau sanggup tinggalkan anak
Quote juruterra 14-2-2022 03:35 PM
anak kucing pun kita tak sanggup tinggalkan seminggu , apo punya mak. ko gi la hantar umah mak ke, tinggal kat public place ke so that ada org kutip anak ko tu. bengong
Quote Hessa 14-2-2022 03:53 PM
mak yg selfish..tak berlaki boleh mati hidup dia agaknya
Quote honeybee1802 14-2-2022 04:07 PM
cmf_premierleag replied at 14-2-2022 02:25 PM
kat slot sarangahe tv3 kul 11pm kan ada drama korea kan
akak tgk skip2 je..x folo sgt pun
tp penah t ...

Mother ni ada kdrama ada jdrama rsnya...yg mother kdrama yg aku penah ngk dia mskkan anak dia beg..kire nak buang mcm sampah...
Tp aku ada gak sekali tertgk iv org jepun pasal religion n relationship..kira rata2 yg disoal tu..religion tu depan mak pak je la..relationship ramai pilih couple2 tp takmo ikatan perkahwinan pun...
Quote missus_meow 14-2-2022 04:09 PM
mak dia ni sakit agaknya ... sbb sorang ibu yg waras tak akan tinggalkan anak sorang2 ... umo 3 tahun pulak tu ...
Quote Rogue98 14-2-2022 04:12 PM
Macam cerita 'Sunk Into the Womb' tu kan...cerita benar dari Jepun jugak....si ibu keluar tinggalkan anak 2 orang sebab ikut boyfriend cuti. Anak2 dia sampai makan playdoh. Yang adik meninggal dulu kelaparan. Yang kakak dibunuh si ibu. Sedih
Quote Itzy 14-2-2022 04:44 PM
cmf_premierleag: kat slot sarangahe tv3 kul 11p ...

aku ada baca kat artiket di vocket ke atau siakap keli kata zaman jepun dulu2 sampai sekarang wujud budaya bunuh anak dengan cara abaikan anak. Konon2 bagi anak sedikit makanan untuk surbive tapi dia sebenarnya dah tau anak dia akan mati. Banyak kat jepun buat camni zaman dulu dan tak sangka hingga kini masih ada. Mereka buat camni sebab penceraian dan si anak ni tak diterima si bakal suami baru/kekasih. Tapi ada banyak sebab la kenapa dia bunuh anak dia. Aku dah lupa dah apa aku baca sebab panjang gak penerangan artikel tu. Nanti aku cari balik.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.073157 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top